Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ENAM MAUT DALAM KEMALANGAN DI SEMPORNA-TAWAU

DALAM NEGARA

ENAM MAUT DALAM KEMALANGAN DI SEMPORNA-TAWAU

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Semporna Madzlan Sarman ketika dihubungi berkata mereka terdiri daripada tiga lelaki dewasa, seorang perempuan dewasa, seorang kanak-kanak perempuan, dan seorang bayi lelaki.

SEMPORNA: Enam termasuk seorang bayi lelaki maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Jalan Kalumpang, Semporna-Tawau, Sabah petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Semporna Madzlan Sarman ketika dihubungi berkata mereka terdiri daripada tiga lelaki dewasa, seorang perempuan dewasa, seorang kanak-kanak perempuan, dan seorang bayi lelaki.

Beliau berkata polis menerima laporan mengenai kemalangan itu pada pukul 4.58 petang semalam, yang melibatkan sebuah kereta (Proton Wira) dinaiki enam individu berkenaan bersama seorang lelaki dewasa yang mengalami kecederaan, sebuah kenderaan pacuan empat roda, dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV).

“Empat yang menaiki kenderaan pacuan empat roda dan empat lagi dalam MPV itu tidak mengalami sebarang kecederaan. Keseluruhan 15 orang terlibat dalam kemalangan ini, dengan enam disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kesemua yang meninggal dunia telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Setelah memastikan tiada bahaya lain wujud, operasi ditamatkan sepenuhnya pukul 7.16 petang tadi,” katanya.

Beliau berkata tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Semporna memberi bantuan di tempat kejadian, dan punca kejadian masih dalam siasatan polis. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading