Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SUAMI ISTERI, BAYI TERKANDAS KENDERAAN TERPERANGKAP BANJIR

DALAM NEGARA

SUAMI ISTERI, BAYI TERKANDAS KENDERAAN TERPERANGKAP BANJIR

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata pasangan suami isteri berusia 41 tahun dan 29 tahun itu serta bayi berusia empat bulan berjaya diselamatkan.

SIBU: Sepasang suami isteri bersama bayi perempuan mereka terkandas apabila kenderaan dinaiki terperangkap dalam banjir di Jalan Lukut-Penyulau, Kanowit, Sibu pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata pasangan suami isteri berusia 41 tahun dan 29 tahun itu serta bayi berusia empat bulan berjaya diselamatkan.

Beliau berkata sebaik sahaja menerima panggilan pada 6.15 pagi, pasukan keluaran operasi (PKO) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit dengan kekuatan dua anggota bergerak ke lokasi.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati sebuah kenderaan terperangkap dalam banjir. PKO bertindak menggunakan PPE Personal Floating Device (PFD) bergerak ke lokasi mangsa yang beranggaran jarak 130 meter.

“PKO meredah air sedalam 1.2 meter dan berjaya membawa keluar ketiga-tiga mangsa ke tempat selamat dan operasi ditamatkan pada 7.33 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading