FLOTILA GSF HAMPIR MASUK PERAIRAN GREECE, MENUJU GAZA
Pelayaran fasa kedua konvoi Global Sumud Flotilla (GSF) memasuki hari kelima apabila 38 bot yang terbabit kini menghampiri Perairan Greece, sebelum bergerak ke Zon Kuning kira-kira 300 kilometer (km) dari Pantai Gaza.
KUALA LUMPUR: Pelayaran fasa kedua konvoi Global Sumud Flotilla (GSF) memasuki hari kelima apabila 38 bot yang terbabit kini menghampiri Perairan Greece, sebelum bergerak ke Zon Kuning kira-kira 300 kilometer (km) dari Pantai Gaza.
Pengarah Media Muslim Care Malaysia Tuan Asri Tuan Hussein yang turut serta dalam misi berkenaan berkata, setakat jam 8.45 pagi waktu tempatan (Laut Mediterranean), flotila itu sudah semakin hampir dengan laluan kritikal yang ditetapkan pihak penganjur.
“Selepas ini kita akan memasuki perairan antarabangsa berhampiran Greece. Dari situ, kita menuju ke Zon Kuning, jaraknya 300km dari Gaza, manakala Zon Merah pula berada 100km dari pantai berkenaan. Kedua-dua zon ini sering menjadi lokasi pemintasan,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata setiap peserta perlu lebih bersiap siaga sebaik flotila memasuki zon terbabit berikutan kemungkinan berdepan gangguan internet serta ancaman dron pengintip.
Menurutnya pada malam sebelumnya, dua dron dipercayai milik pihak pemerhati atau dari Israel dilihat berlegar berhampiran bot dinaikinya, Fair Lady, yang turut membawa aktivis dan personaliti media sosial Nurharahin Romli atau lebih dikenali sebagai Farah Lee.
“Sejak pagi tadi, bot bergerak amat perlahan kerana keadaan laut yang tenang tanpa angin. Ketika ini, kami mengambil peluang untuk melakukan kerja pembersihan, membaiki kerosakan dan mengisi minyak dari bot besar sementara menunggu arahan seterusnya,” katanya.
Pelayaran GSF membawa makanan, ubat-ubatan dan mesej keamanan, dijadual tiba di perairan Gaza hujung bulan ini. Ia membabitkan penyertaan antarabangsa dari Eropah, Asia, Afrika Selatan, Amerika Latin dan Timur Tengah.
Pelayaran keamanan GSF diharap mampu menarik perhatian kerajaan seluruh dunia untuk memberi tekanan kepada Israel sehingga genosid terhadap Gaza dihentikan dan bantuan kemanusiaan dibenarkan masuk.
Semua sukarelawan Malaysia berada di bawah panji Sumud Nusantara, diketuai Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah penaung Sumud Nusantara yang melibatkan Malaysia, Indonesia, Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka, Maldives, Filipina dan Thailand.
Anwar menerusi hantaran di Facebook semalam menzahirkan doa masyarakat Malaysia bagi mengiringi misi berkenaan, yang diharap dapat membawa sinar harapan kepada penduduk Gaza serta menjadi saksi kepada kesatuan nurani kemanusiaan sejagat.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager