Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

GAZA ‘BERUBAH SEPENUHNYA’, KEGANASAN DI TIMUR TENGAH TIADA TANDA AKAN BERAKHIR

DUNIA

GAZA ‘BERUBAH SEPENUHNYA’, KEGANASAN DI TIMUR TENGAH TIADA TANDA AKAN BERAKHIR

Semenanjung Gaza digambarkan sebagai “tidak lagi dapat dikenal pasti” dengan tiada penghujung kepada keganasan yang melanda Timur Tengah, kata Ketua Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi pelarian Palestin (UNRWA) pada Rabu, menurut laporan Agensi Anadolu.

Philippe Lazzarini

WASHINGTON: Semenanjung Gaza digambarkan sebagai “tidak lagi dapat dikenal pasti” dengan tiada penghujung kepada keganasan yang melanda Timur Tengah, kata Ketua Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi pelarian Palestin (UNRWA) pada Rabu, menurut laporan Agensi Anadolu.

“Tiada penghujung terhadap keganasan yang melanda wilayah itu.”

“Ia menjadi setahun penuh kehilangan dan penderitaan mendalam,” kata Philippe Lazzarini semasa mesyuarat Majlis Keselamatan PBB mengenai situasi di wilayah Palestin.

Gaza menjadi tanah perkuburan bagi puluhan ribu orang, termasuk ramai kanak-kanak dan hampir keseluruhan penduduknya hilang tempat tinggal.

Merujuk kepada situasi di Tebing Barat yang diduduki, Lazzarini memberi amaran tentang keganasan yang semakin meningkat, dengan hampir 700 orang terbunuh sejak setahun lalu dan lebih 160 daripada mereka adalah kanak-kanak.

Lazzarini turut menegaskan bahawa Lubnan adalah mangsa terbaharu konflik yang semakin meluas.

“Orang awam menanggung harga yang sangat tinggi. Serangan udara oleh tentera Israel membunuh dan menyebabkan ratusan ribu orang hilang tempat tinggal.”

Beliau menekankan kepentingan UNRWA di Gaza, sambil memberi amaran bahawa ruang operasi agensi itu semakin mengecil di tengah-tengah serangan Israel. – Alhijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading