MOTOSIKAL DIREMPUH KERETA, TIGA PENUNTUT UiTM DUNGUN MAUT
Tiga penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun maut manakala seorang lagi parah dalam nahas jalan raya membabitkan dua motosikal dan sebuah kereta di Jalan Pantai Sura di sini malam semalam.
KUALA TERENGGANU: Tiga penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun maut manakala seorang lagi parah dalam nahas jalan raya membabitkan dua motosikal dan sebuah kereta di Jalan Pantai Sura di sini malam semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dungun Sharizal Shamsudin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.26 malam sebelum menggerakkan 10 anggota ke lokasi nahas.
Beliau berkata laporan awal mendapati nahas itu melibatkan motosikal jenis Yamaha LC135 dan Yamaha Y15 yang ditunggang mangsa berusia lingkungan 20-an dan kereta Honda CRV dipandu seorang wanita.
“Kereta berkenaan merempuh kedua-dua motosikal itu dari arah belakang ketika dalam perjalanan ke universiti. Satu daripada motosikal itu terseret hampir 60 meter.”
“Kedua-dua penunggang dan pembonceng Yamaha LC135 maut manakala seorang yang menaiki Yamaha Y15 cedera dan seorang lagi meninggal dunia. Semua mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian setelah disahkan petugas perubatan,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata pemandu wanita berkenaan yang ada menunjukkan tanda-tanda masalah mental difahamkan telah dibawa ke balai polis untuk dirakam keterangan.
“Mangsa yang cedera dihantar ke hospital manakala mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Sementara itu, UiTM Cawangan Terengganu menerusi kenyataan dikeluarkan malam ini mengesahkan nahas yang berlaku di jalan berhadapan kampus berkenaan melibatkan empat penuntut.
Mangsa yang meninggal dunia ialah Khairil Anwar Jamaludin, Muhammad Akmal Md Tukirin dan Ku Adib Aizad Ku Azmi manakala Muhammad Ammar Danish Mohammad Ridhuan cedera parah.
“Muhammad Ammar Danish kini dirawat di Hospital Dungun dan akan dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk rawatan lanjut.”
“Pihak universiti berdukacita atas kejadian yang berlaku dan menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka dan semoga Allah permudahkan urusan keluarga mangsa,” menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu juga memaklumkan pihak universiti turut menyediakan bantuan dan sokongan yang diperlukan keluarga. – Alhijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager