Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

GENCATAN SENJATA DI IDLIB MASIH BERTAHAN: TURKI

DUNIA

GENCATAN SENJATA DI IDLIB MASIH BERTAHAN: TURKI

Selepas dua hari perjanjian di antara Ankara dan Moscow berkuatkuasa di Idlib, Menteri Pertahanan Turki berkata tiada insiden pencabulan gencatan senjata berlaku di wilayah konflik itu.

Rusia dan Turki mencapai persetujuan petang Khamis lalu, selepas enam jam pertemuan di Moscow, bagi membendung konflik yang menyebabkan lebih sejuta orang terjejas dalam tempoh tiga bulan di barat laut Syria.

“Kami akan berterusan menjadi kuasa pencegah bagi mengelakkan sebarang pencabulan kepada gencatan senjata itu. Tiada pencabulan berlaku sejak ia (gencatan senjata) berkuatkuasa,” kata Menteri Pertahanan Turki, Hulusi Akar dipetik Aljazeera.

Perjanjian gencatan senjata itu dimeterai ketika pertemuan antara Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dan rakan sejawatnya, Vladimir Putin, yang antara lain mewujudkan koridor keselamatan di Idlib selain bakal menyaksikan rondaan tentera bersama bermula 15 Mac depan.

Ankara menegaskan yang ia akan bertindak balas atas prinsip mempertahankan diri jika pasukan atau pangkalan tenteranya di wilayah itu diserang.

Turki yang juga anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan Rusia, masing-masing menyokong kumpulan berbeza dalam konflik perang saudara di Syria, yang mana menyaksikan kedua-duanya bersemuka secara langsung di wilayah Idlib sejak kebelakangan ini. – Agensi/AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading