PENGGUBAL UNDANG-UNDANG IRAN MATI AKIBAT KORONAVIRUS

ANKARA: Seorang penggubal undang-undang Iran meninggal dunia akibat wabak koronavirus, demikian laporan media tempatan hari ini.

Fatemeh Rahbar, ahli Parti Pakatan Islam, dirawat di unit rawatan rapi sejak Khamis lalu, demikian menurut laporan media Tesnim Agency dipetik agensi berita Anadolu.

Pihak berkuasa Iran mengesahkan 4,747 kes koronavirus direkodkan di seluruh negara, termasuk naib presiden, 23 ahli parlimen dan timbalan menteri kesihatan, dengan 124 kes telah meninggal dunia.

Pegawai-pegawai Iran kini dilarang daripada keluar negara dan Parlimen ditangguhkan ekoran penularan wabak itu. – Terjemahan AlHijrah Online

Leave a Reply