GURU DIDAKWA CADANG SYARIKAT SENDIRI SEBAGAI PEMBEKAL PERALATAN SEKOLAH
BUTTERWORTH: Seorang bekas guru pendidikan jasmani dan kesihatan sekolah menengah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mencadangkan syarikat sendiri sebagai pembekal peralatan sekolah pada 2017.
Hazlina Kasah, 46, didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas dua pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mencadangkan syarikat sendiri sebagai pembekal peralatan sekolah pada 2017. Gambar – Bernama
BUTTERWORTH: Seorang bekas guru pendidikan jasmani dan kesihatan sekolah menengah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mencadangkan syarikat sendiri sebagai pembekal peralatan sekolah pada 2017.
Hazlina Kasah, 46, mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan itu yang didakwa dilakukan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pokok Sena.
Bagi pertuduhan pertama, Hazlina dituduh sebagai pegawai pendidikan siswazah gred DG48 di sekolah itu telah menggunakan kedudukkan sebagai ketua panitia pendidikan jasmani dan kesihatan untuk mendapatkan suapan apabila mencadangkan Syarikat Hazwan Event Management milik sendiri sebagai pembekal.
Dia didakwa membekalkan 10 unit kertas A4, 30 unit pen penanda, satu unit radio, satu unit pengukur tekan darah, tiga unit kompas, dua unit penimbang, satu unit trampolin dan 10 unit kertas warna melalui nota minta bernombor K171D/17 yang bernilai RM2,353.66 pada 17 Okt 2017.
Pertuduhan kedua, Hazlina didakwa melakukan perbuatan sama dengan membekalkan lima unit bola sepak dan satu unit bola futsal melalui nota minta bernombor K171C/17 berjumlah RM522.66 kepada Syarikat Hazwan Event Management pada 19 Okt 2017.
Kedua-dua pertuduhan di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 Akta sama, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Hakim Zulhazmi Abdullah membenarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin untuk kedua-dua pertuduhan itu berserta syarat tambahan iaitu tertuduh perlu menyerahkan dokumen perjalanan diri kepada mahkamah selain perlu melaporkan diri di pejabat SPRM terdekat dengan tempat tinggal setiap bulan dan dilarang mengganggu saksi kes.
Hazlina tidak diwakili peguam manakala pendakwaan dkendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Mohamad Azlan Basri.
Mahkamah menetapkan 27 Jun untuk sebutan semula kes dan mengarahkan tertuduh untuk melantik peguam. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked