Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI GAGAL LARIKAN WANG DALAM MESIN ATM

DALAM NEGARA

LELAKI GAGAL LARIKAN WANG DALAM MESIN ATM

Seorang lelaki gagal melarikan wang dalam sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dengan menggunakan mesin pencanai (grinding machine) dalam satu kejadian di sebuah bank, di sini awal pagi tadi.

TANAH MERAH: Seorang lelaki gagal melarikan wang dalam sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dengan menggunakan mesin pencanai (grinding machine) dalam satu kejadian di sebuah bank, di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah Supt Wan Zulfikri Wan Othman berkata kejadian itu dilaporkan pihak bank terbabit pada 7.16 pagi selepas menyedari salah sebuah ATM di premis itu rosak serta terdapat kesan dicanai di bahagian bawah.

Beliau berkata semakan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di luar premis itu menunjukkan seorang lelaki dilihat berjalan kaki dengan membawa sebuah kerusi plastik memasuki ruang menempatkan mesin ATM pada pukul 1.59 pagi.

“Suspek turut bertindak menutup CCTV dengan menggunakan pita pelekat selain kertas minyak pada pintu utama ruang berkenaan bagi mengelak perbuatannya dilihat.

“Suspek didapati berusaha hampir dua jam untuk cuba melarikan wang tunai di mesin ATM terbabit sebelum keluar semula pada 3.15 pagi dengan menggalas beg,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Wan Zulfikri berkata kes sedang disiasat mengikut Seksyen 380/511 Kanun Keseksaan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading