HORMATI BADAN FATWA, JANGAN TERPENGARUH HUKUM SYARAK DIKELUARKAN BERTUJUAN KEPENTINGAN POLITIK
KUALA LUMPUR: Tindakan sesetengah pihak yang sewenang-wenangya mengeluarkan hukum berkaitan syarak kerana berbeza aliran dan fahaman politik adalah membimbangkan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar
KUALA LUMPUR: Tindakan sesetengah pihak yang sewenang-wenangya mengeluarkan hukum berkaitan syarak kerana berbeza aliran dan fahaman politik adalah membimbangkan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata perkara ini boleh menimbulkan salah faham dalam masyarakat dan mencemar kesucian ajaran Islam.
“Saya ingin merujuk berita yang tular di media sosial berkaitan kenyataan seorang pemimpin politik yang menyatakan hukum haram memberikan undi kepada seorang calon yang bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai.
“Penggunaaan istilah Haram mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka boleh didefinisikan kepada enam (6) maksud. Walaubagaimanapun, umumnya masyarakat di Malaysia mengaitkan penggunaan istilah haram dengan hukum syarak iaitu “hukum tegahan (dalam Islam) yang dijanjikan ganjaran pahala bagi orang yang mematuhinya dan dosa bagi orang yang mengingkarinya
“Justeru, selaku badan yang diberi amanah dalam menjaga dan memelihara kesucian agama Islam di negara ini, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) amat khuatir dengan tindakan sesetengah pihak yang mengeluarkan kenyataan yang bersifat menghukum pihak-pihak yang tidak sealiran fahaman dengan kumpulan masing-masing,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tegas Mohd Na’im situasi itu akan mencetuskan bibit-bibit perpecahan yang lebih serius dan mengancam keselamatan negara.
Katanya Malaysia mempunyai pihak yang berautoriti dalam mengeluarkan pandangan hukum atau fatwa mengenai sesuatu perkara oleh itu semua pihak diharap menghormati pihak berautoriti dan tidak terpengaruh dengan hukum-hukum yang dikeluarkan untuk tujuan kepentingan politik kumpulan.
“Semua pihak yang terlibat dalam PRK kali ini dinasihatkan untuk bersaing secara sihat dengan mengemukakan buah fikiran serta idea-idea untuk membangunkan rakyat. Hentikan segala kempen yang menyentuh sentimen keagamaan dan perkauman.
“Saya dengan ini ingin menyeru semua pihak agar bertanggungjawab untuk menghormati kesucian agama Islam, menjaga perpaduan dan keamanan masyarakat pelbagai kaum dan agama dalam negara yang tercinta ini,” katanya. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.