ISKANDAR PUTERI – Sebarang isu berbangkit akan diselesaikan di meja
rundingan demi memastikan hubungan diplomatik antara Malaysia dan
Singapura terus terpelihara.
Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian berkata, pendekatan tersebut
diambil bagi memastikan segala konfrontasi atau konflik yang timbul
tidak akan memberi kesan kepada hubungan baik dua negara berjiran sejak
sekian lama.
“Tidak dinafikan, hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura kekal baik biarpun terdapat beberapa isu serta pertikaian antara dua negara berjiran ini,” katanya pada Mesyuarat Keempat Persidangan Pertama Dewan Negeri Johor ke-14 di Kota Iskandar di sini, hari ini.
Osman berkata, Kerajaan Persekutuan, melalui Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah telah mengadakan perbincangan bersama rakan sejawat di Singapura berkaitan isu berbangkit, termasuk pertikaian ruang udara dan perairan antara dua negara yang masih berterusan dan berjalan dengan baik.
Katanya, beliau yakin di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, jalan penyelesaian yang akhirnya memberi manfaat kepada kedua-dua negara akan ditemukan.
“Berdasarkan
kepentingan bersama dan memastikan kelangsungan dalam meneroka prospek
kerjasama antara Malaysia dan Singapura,” katanya.
Beliau berkata, beberapa siri pertemuan juga telah diadakan oleh Kerajaan Johor bersama Kerajaan Persekutuan dan yang terkini pertemuan pada September 2018 yang lalu.
“Objektif utamanya adalah bagi memastikan hubungan dua hala antara dua negara ini sentiasa dijaga dan dihormati,” katanya.
Osman berkata, Kerajaan Johor dan Singapura sentiasa menjaga hubungan rapat biarpun dilanda pelbagai isu, terutamanya di dalam bidang ekonomi dan perniagaan.
“Sehingga hari ini, kerajaan negeri secara berterusan
mengadakan sesi-sesi libat urus bersama para pelabur, dewan perniagaan
persekutuan, industri serta syarikat-syarikat Singapura.
“Hasilnya,
Singapura merupakan negara pelabur kedua terbesar yang menjadi rakan
dagang di Malaysia dan sebahagian daripadanya telah memberikan manfaat
terhadap peningkatan taraf pendapatan bagi penduduk negeri Johor,”
katanya.
Selain itu, beliau berkata, isu hubungan Malaysia dan
Singapura bagai ‘menghela rambut dalam tepung, rambut jangan putus,
tepung jangan terserak’.
“Saya yakin kami, di pihak kerajaan dapat menyelesaikannya tanpa memberi kesan terhadap kedua-dua negara,” katanya. – SINAR HARIAN
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager