KUALA LUMPUR: Ibadat haji bagi jemaah Malaysia untuk 1441H ditangguhkan ke tahun hadapan, manakala bilangan jemaah bagi solat Jumaat dan solat berjemaah dibenarkan sehingga satu per tiga kapasiti masjid dan surau di zon hijau di Wilayah Persekutuan.
Berita itu diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam sidang media khas di Jabatan Perdana Menteri Putrajaya disiarkan stesen TV tempatan hari ini.
Zulkifli memaklumkan kedua-dua perkara tersebut dipersembahkan dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
“Maka saya bagi pihak Kerajaan Malaysia ingin mengumumkan kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam bahawa berdasarkan kepada taklimat disampaikan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Lembaga Tabung Haji (TH) serta perbincangan ahli-ahli Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang telah bersidang pada 9 Jun 2020, ibadat haji untuk semua rakyat Malaysia bagi Musim Haji 1441 Hijrah adalah ditangguhkan.
“Semalam, saya telah menjemput Duta Kerajaan Arab Saudi ke Malaysia untuk bertemu dan menyerahkan surat rasmi penangguhan ibadah haji bagi Malaysia untuk disampaikan kepada Dr Mohammed Saleh bin Taher Banten selaku Menteri Haji dan Umrah Kerajaan Arab Saudi,” katanya.
Selain Malaysia, antara negara-negara lain yang turut menangguhkan penghantaran jemaah haji mereka adalah Indonesia, Singapura, Kemboja, Thailand dan Brunei.
“Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Arab Saudi di bawah kepimpinan Khadim al-Haramain al-Syarifain Raja Salman Abdulaziz atas usaha gigih membendung penularan jangkitan COVID-19 di tanah suci.
“Kami amat menghargai segala pengorbanan Kerajaan Arab Saudi dan wira-wira barisan hadapan mereka yang masih bertungkus-lumus dan berterusan memerangi wabak ini khususnya di dua buah kota suci yang dicintai seluruh umat Islam.
“Saya mengharapkan semua bakal haji untuk bersabar dan redha dengan keputusan ini,” katanya.
Zulkifli berkata TH akan mengeluarkan kenyataan rasmi dan soalan lazim (FAQ) berkaitan urusan penangguhan ibadat haji bagi Musim Haji 1441H sejurus selepas sidang media ini.
“Saya juga menyeru seluruh umat Islam di Malaysia untuk terus berdoa agar Allah SWT menghilangkan wabak ini sepenuhnya dan memelihara dua Kota Suci Makkah dan Madinah dari sebarang perkara yang tidak diingini,” katanya.
Mengulas mengenai perluasan bilangan jemaah satu per tiga jumlah had kapasiti dewan solat utama masjid/surau di zon hijau di Wilayah Persekutuan, Zulkifli berkata, ia bermula dengan Solat Jumaat esok.
Bagaimanapun, beliau berkata, pelaksanaannya di negeri adalah bergantung kepada pihak berkuasa agama negeri masing-masing.
“Sebagai contoh, jika sebuah dewan solat mampu memuatkan 1,000 orang jemaah pada satu-satu masa, maka bilangan yang dibenarkan adalah 333 orang buat masa ini,” katanya.
Menteri agama itu berkata jawatankuasa kariah masjid, surau Jumaat dan surau boleh melantik sukarelawan dalam kalangan jemaah bagi membantu kawalan sebelum dan selepas solat.
“Sistem penggiliran atau apa cara yang sesuai pada hemat jawatankuasa kariah masjid, surau Jumaat dan surau boleh dilaksanakan bagi memberi peluang kepada anak kariah lain untuk hadir.
“Kapasiti ini akan ditambah secara berperingkat dengan makluman dari semasa ke semasa atas nasihat daripada KKM dan MKN,” katanya.
Zulkifli berkata muslimah juga dibenarkan untuk ke masjid dan surau dengan syarat bersama-sama mahram masing-masing.
“Kepada warga emas, tidak ada had umur yang ditetapkan untuk hadir sebagai jemaah dengan syarat anda sihat.
“Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah, jemaah bergejala dan menghidap penyakit kronik tidak dibenarkan hadir buat masa ini,” katanya sambil menjelaskan masjid turut dibuka di ruang tertentu untuk mereka yang singgah solat seperti musafir, pemandu dan rider perkhidmatan e-hailing.
Zulkifli turut menegaskan mengenai pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) penjarakan sosial, membawa sejadah dan mengambil wuduk di rumah, tidak bersentuhan dan SOP mengekang penularan wabak COVID19, terus dipatuhi.
Beliau turut mengumumkan keputusan kerajaan membenarkan kuliah Maghrib dan kuliah Subuh dengan mematuhi beberapa syarat iaitu Kuliah Maghrib hendaklah dihentikan sebaik sahaja masuk waktu Isya’, manakala kuliah Subuh boleh berlangsung sekitar 20 hingga 30 minit sahaja.
“Jadi, masjid dan surau boleh kembali diimarahkan dengan lebih aktif. Cuma, saya ingin mengingatkan kepada jawatankuasa masjid, surau Jumaat dan surau bahawa jamuan makan selepas kuliah adalah tidak dibenarkan buat masa ini,” katanya.
Zulkifli berkata majlis akad nikah boleh dijalankan di masjid.
“Saya dimaklumkan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan mengeluarkan garis panduan yang lebih terperinci untuk makluman pihak jawatankuasa kariah masjid, Surau Jumaat dan surau di Wilayah Persekutuan,” katanya.
Zulkifli turut memaklumkan tentang laman sesawang http://www.mira.gov.my iaitu platform memaparkan info berkaitan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). — AlHijrah Online/ Syed Azwan Syed Ali
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked