Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

INDIVIDU TULAR TENDANG GELANDANGAN DIBURU POLIS, DBKL

DALAM NEGARA

INDIVIDU TULAR TENDANG GELANDANGAN DIBURU POLIS, DBKL

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menyiasat kejadian individu menendang seorang gelandangan dalam video tular dipercayai berlaku di hadapan pusat beli belah Lot 10, Bukit Bintang, di sini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Mahadi Che Ngah berkata, tindakan akan diambil jika individu berkenaan merupakan kakitangan DBKL.

“Pihak DBKL sedang menyiasat dan jika ia melibatkan kakitangan DBKL, pihak kami akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap beliau,” katanya pada Ahad.

Baru-baru ini tular sebuah video di media sosial menunjukkan seorang gelandangan ditendang di bahagian perut sehingga terjatuh oleh seorang lelaki dipercayai ketika operasi pembersihan dijalankan pada 14 Januari lalu.

Dalam video tersebut turut menunjukkan pekerja pembersihan Alam Flora yang sedang mengutip sampah.

Bagaimanapun, sumber daripada Alam Flora menafikan bahawa individu yang menyepak gelandangan itu bukan kakitangannya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya memaklumkan pihaknya telah memulakan siasatan dan sedang memburu individu melakukan perbuatan tersebut.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading