Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

INFLUENZA: KKM TAMBAH SEJUTA UBAT ANTIVIRAL

DALAM NEGARA

INFLUENZA: KKM TAMBAH SEJUTA UBAT ANTIVIRAL

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menambah sejuta bekalan ubat antiviral Influenza, Tamiflu bagi menampung keperluan 100,000 pesakit.

Menurut kenyataan rasmi yang dimuatnaik ke Facebook KKM, ubat antiviral itu tidak boleh diberi sewenang-wenangnya dan memerlukan preskripsi doktor.

KKM juga mempercepatkan proses mengimport vaksin Influenza bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan yang dilaporkan berlaku di fasiliti kesihatan swasta.

Kenyataan itu berkata lebih 60,000 dos vaksin lagi akan diterima pada 21 Januari depan.

“Klinik atau hospital swasta yang memerlukan bekalan tambahan vaksin boleh memohon dengan KKM dan kelulusan khas akan diberikan pada hari yang sama,” kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Pada 2 Disember 2019, lebih 90,000 dos vaksin telah diterima. Pencegahan awal perlu diutamakan bagi mengelak dijangkiti virus itu. Jika tiada keperluan, elakkan berkunjung ke kawasan tumpuan ramai atau pakai penutup muka. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading