Tag Archives: influenza A

PELAJAR DIJANGKITI INFLUENZA A DI SELANGOR MENINGKAT 717 ORANG

SHAH ALAM: Bilangan pelajar dijangkiti Influenza A di Selangor terus meningkat kepada 717 pelajar dari 248 sekolah di negeri ini. Pengarah Pendidikan Selangor, Dr Mahanom Mat Sam berkata, sekolah berkenaan membabitkan 10 daerah yang terjejas akibat penularan virus itu. Menurutnya, data itu direkodkan berdasarkan laporan sekolah kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) masing-masing dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor sehingga jam

Read more

100,000 DOS VAKSIN INFLUENZA A DIBAWA MASUK KE NEGARA INI

SHAH ALAM: Kira-kira 100,000 dos vaksin influenza A akan dibawa masuk ke negara ini bulan ini dengan sejumlah 16,800 dos vaksin itu telah tiba di negara ini hari ini. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, daripada jumlah itu sebanyak 15,000 dos vaksin influenza A akan tiba dan memasuki pasaran Isnin ini. “Sebanyak 67,000 dos vaksin influenza A lagi

Read more

JANGKITAN INFLUENZA DI MALAYSIA TIADA KAITAN DENGAN ‘NOVEL CORONAVIRUS’ DI CHINA

KUALA LUMPUR: Situasi jangkitan influenza di Malaysia tiada kaitan dengan kejadian wabak coronavirus baharu (novel coronavirus) di Wuhan, China, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata berdasarkan pemantauan, buat masa ini tiada kes yang disyaki ´novel coronavirus´ dilaporkan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Bagaimanapun katanya, KKM akan terus mengukuhkan pemantauan dan kesiapsagaan bagi menghadapi potensi penularan

Read more

PESAKIT INFLUENZA DINASIHATI DAPATKAN NASIHAT DOKTOR SEBELUM AMBIL UBAT ANTIVIRAL

KUALA LUMPUR: Pesakit yang dijangkiti virus influenza disaran mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan antiviral, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata penggunaan ubat antiviral dapat mengurangkan simptom serta komplikasi penyakit namun ia perlu digunakan secara rasional bagi mengelakkan kerintangan antimikrobial (antimicrobial resistance) yang menyebabkan rawatan tidak berkesan. “Ubat Oseltamivir adalah ubat antiviral yang digunakan untuk

Read more

KELANTAN BEBAS INFLUENZA A

RANTAU PANJANG: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan mengesahkan negeri ini bebas daripada serangan wabak influenza A. Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang kes melibatkan wabak berkenaan. “Bagaimanapun, kita sentiasa menjalankan pemantauan dan pemeriksaan rapi dalam mengesan wabak tersebut,” katanya kepada pemberita semasa mengadakan lawatan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS)

Read more

INFLUENZA: KKM TAMBAH SEJUTA UBAT ANTIVIRAL

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menambah sejuta bekalan ubat antiviral Influenza, Tamiflu bagi menampung keperluan 100,000 pesakit. Menurut kenyataan rasmi yang dimuatnaik ke Facebook KKM, ubat antiviral itu tidak boleh diberi sewenang-wenangnya dan memerlukan preskripsi doktor. KKM juga mempercepatkan proses mengimport vaksin Influenza bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan yang dilaporkan berlaku di fasiliti kesihatan swasta. Kenyataan itu berkata lebih 60,000 dos vaksin

Read more

JPN MELAKA SAHKAN 31 KES INFLUENZA A

MELAKA TENGAH: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka mengesahkan 31 kes influenza A melibatkan 29 murid, seorang kanak-kanak prasekolah dan seorang guru perempuan berusia 33 tahun di negeri ini sehingga jam 9 pagi tadi. Pengarahnya, Dr Mohd Azam Ahmad berkata, walaupun jumlah tersebut melibatkan peningkatan seramai 18 orang sejak kelmarin, namun ia disifatkan masih terkawal. Menurutnya, kesemua 31 kes itu membabitkan

Read more

BUDAK OKU DISYAKI DIJANGKITI INFLUENZA A MENINGGAL DUNIA

SUBANG JAYA: Seorang kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) yang disyaki dijangkiti Influenza A selepas mengalami demam sejak Jumaat lalu meninggal dunia semalam. Ibunya, Nek Mudzlifah Abdul Kahar, 48, berkata, pada mulanya dia menyangka anaknya, Faiz Fauzan Pauzul Kamil, 12, hanya mengalami demam biasa. “Awalnya saya bawa ke klinik selepas dia demam sejak malam (Jumaat), tapi doktor maklumkan dia hanya alami

Read more

INFLUENZA BOLEH JANGKITI ORANG SAMA BERULANG KALI

SHAH ALAM: Virus influenza boleh menjangkiti atau merebak kepada orang yang mempunyai sejarah penyakit itu berulang kali. Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan perkara itu dalam jawapan selepas membuat soalan menerusi undian di akaun rasmi Twitter, KKMPutrajaya. Kementerian itu memuat naik soalan, ‘Virus influenza boleh menjangkiti orang sama berulang kali? Betul atau salah?’ Seramai 1,286 pelayar menyertai undian sejak status itu dimuat

Read more

WABAK INFLUENZA A: PENUTUPAN SEKOLAH DI PULAU PINANG DAN SELANGOR

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) sedang memantau perkembangan terkini wabak influenza A di semua institusi pendidikan, khususnya di sekolah. Sehingga hari ini, pihak kementerian menerima laporan penutupan sekolah-sekolah di Pulau Pinang, Selangor dan beberapa negeri lain ekoran kes jangkitan influenza A dalam kalangan muridnya. Kementerian Pendidikan dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya melalui Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah,

Read more
« Older Entries