Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

INFLUENZA BOLEH JANGKITI ORANG SAMA BERULANG KALI

DALAM NEGARA

INFLUENZA BOLEH JANGKITI ORANG SAMA BERULANG KALI

SHAH ALAM: Virus influenza boleh menjangkiti atau merebak kepada orang yang mempunyai sejarah penyakit itu berulang kali.

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan perkara itu dalam jawapan selepas membuat soalan menerusi undian di akaun rasmi Twitter, KKMPutrajaya.

Kementerian itu memuat naik soalan, ‘Virus influenza boleh menjangkiti orang sama berulang kali? Betul atau salah?’

Seramai 1,286 pelayar menyertai undian sejak status itu dimuat naik pagi semalam dan 73.6 peratus mengatakan betul, 19.8 peratus memberitahu tidak pasti, manakala 6.6 peratus menyatakan salah.

KKM kemudian memuat naik status baharu dengan memberitahu jawapan soalan iaitu memang benar influenza boleh menjangkiti orang yang sama berulang kali.

“Tahniah 74 peratus betul, influenza boleh menjangkiti orang yang sama berulang kali. Justeru, kita perlu sentiasa utamakan langkah-langkah pencegahan,” tulisnya.

KKM juga mengesyorkan orang ramai untuk mengambil vaksin influenza setiap tahun terutama kumpulan berisiko tinggi mendapat komplikasi akibat jangkitan virus itu.

Dalam pada itu, netizen turut mengucapkan terima kasih di atas perkongsian info tersebut dan berharap lebih banyak informasi penting diuar-uarkan mengenai virus berkenaan. — SINAR HARIAN


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading