ISU PENUBUHAN JAKIM SUDAH DITERANGKAN KEPADA G25: FUZIAH SALLEH

Isu berhubung penubuhan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah diterangkan secara terperinci kepada Kumpulan Bekas Penjawat Awam (G25).

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata pertemuan dengan G25 berlangsung pada awal penubuhan Jawatankuasa Tertinggi Hal Ehwal Islam oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) sekitar Julai 2018.

Selain itu, beliau bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa juga sekali lagi bertemu dengan wakil G25 sekitar dua bulan lalu berhubung perkara sama.

Beliau menambah penglibatan bersama perlu diperkasakan untuk G25 memahami isu tersebut menerusi perspektif yang berbeza daripada pandangan mereka. — BERNAMA Radio

Leave a Reply