INSTITUSI KEWANGAN SEKAT RM302 JUTA TRANSAKSI TIDAK SAH, MENCURIGAKAN SETAKAT SEPT 2024
Menurut Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying, sejak September 2022, institusi kewangan berjaya menyekat transaksi tidak sah dan mencurigakan bernilai RM383 juta bagi 2023 dan RM302 juta setakat September tahun ini.
KUALA LUMPUR: Institusi kewangan dalam negara berjaya menyekat sejumlah RM302 juta transaksi tidak sah dan mencurigakan setakat September lepas, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
Beliau berkata ia adalah impak positif yang diperoleh susulan pelaksanaan lima langkah pencegahan utama oleh institusi kewangan di bawah seliaan Bank Negara Malaysia (BNM) dalam memastikan keselamatan pengguna perbankan dalam talian terjaga.
“Sejak September 2022, institusi kewangan berjaya menyekat transaksi tidak sah dan mencurigakan bernilai RM383 juta bagi 2023 dan RM302 juta setakat September tahun ini.
“Trend kes penipuan pancingan data atau data phishing dan perisian hasad (malware) yang dilaporkan kepada BNM juga menunjukkan trend penurunan sebanyak 60 peratus,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Senator Datuk Bobbey Suan yang bertanya tentang jaminan kerajaan berhubung keselamatan pengguna melibatkan urusan perbankan dalam talian.
Mengulas lanjut, Lim berkata BNM akan terus berusaha mengukuhkan lagi keselamatan perbankan internet dan mudah alih dengan melaksanakan langkah tambahan untuk memperkasakan keupayaan institusi kewangan dalam mengesan transaksi tidak sah dan mencurigakan.
Dalam pada itu, beliau menegaskan BNM telah mengambil tindakan segera dengan mengarahkan institusi perbankan yang terlibat dengan insiden gangguan perkhidmatan perbankan dalam talian supaya menentukan punca utama gangguan.
Di samping itu, bank pusat juga mengarahkan institusi perbankan terlibat untuk menetapkan langkah pembetulan dan pencegahan yang sesuai bagi mengelakkan isu yang sama berulang.
“BNM turut membuat pemantauan rapi untuk memastikan institusi perbankan yang terlibat memulihkan perkhidmatan perbankan seperti biasa secepat mungkin.
“Lanjutan daripada penilaian ke atas punca utama dan impak gangguan yang dikemukakan, BNM telah mengambil tindakan penguatkuasaan dengan mengenakan penalti monetari pentadbiran (administrative monetary penalty) terhadap dua institusi perbankan pada 29 Julai 2024 di atas pelanggaran peruntukan undang-undang di bawah seliaan BNM,” kata Lim. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager