Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

IRGC DAKWA IRAN KINI KAWAL RUANG UDARA ISRAEL

DUNIA

IRGC DAKWA IRAN KINI KAWAL RUANG UDARA ISRAEL

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas serangan itu, IRGC memaklumkan operasi itu sebagai tindak balas kepada apa yang disifatkannya sebagai pencerobohan rejim Tel Aviv di bumi Iran.

TEHRAN: Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran pada Rabu mendakwa angkatan tentera Iran kini mempunyai kawalan ke atas ruang udara Israel berikutan gelombang serangan peluru berpandu baharu, lapor Agensi Berita Mehr.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas serangan itu, IRGC memaklumkan operasi itu sebagai tindak balas kepada apa yang disifatkannya sebagai pencerobohan rejim Tel Aviv di bumi Iran.

IRGC mendakwa pihaknya melancarkan peluru berpandu Fattah generasi pertama yang menyasarkan wilayah yang diduduki.

Peluru berpandu itu didakwa berjaya menembusi sistem pertahanan peluru berpandu Israel dan berulang kali menyerang tempat perlindungan.

“Serangan peluru berpandu malam ini menunjukkan bahawa kami telah mendapat kawalan sepenuhnya ke atas langit wilayah yang diduduki,” menurut kenyataan itu.

Ketegangan meningkat sejak Jumaat, apabila Israel melancarkan serangan udara yang diselaraskan dan serangan dron di beberapa lokasi di seluruh Iran, termasuk kemudahan ketenteraan dan nuklear, menyebabkan serangan balas dari Tehran. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading