ISLAM TIDAK HAPUS ADAT DIHARAMKAN SYARAK, BERI RUANG PENYESUAIAN TUNTUTAN AGAMA – MOHD ASRI
Islam tidak menghapuskan adat dan budaya semata-mata kerana terdapat elemen yang diharamkan syarak, sebaliknya memberikan ruang untuk pemurnian melalui penyesuaian dengan tuntutan agama.
KANGAR: Islam tidak menghapuskan adat dan budaya semata-mata kerana terdapat elemen yang diharamkan syarak, sebaliknya memberikan ruang untuk pemurnian melalui penyesuaian dengan tuntutan agama.
Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata adat dan budaya yang mengandungi perkara diharamkan syarak tidak semestinya dihapuskan, tetapi diperbaiki untuk memurnikan adat, budaya dan seni itu dengan cara membuang unsur haram berkenaan.
“Hal ini seperti tindakan Nabi Muhammad SAW yang membetulkan lirik nyanyian wanita Ansar dalam majlis perkahwinan. Dalam satu hadis, Baginda menyuruh mereka meninggalkan ungkapan yang tidak sesuai tetapi membenarkan nyanyian yang menyebut sifat-sifat mulia,” katanya kepada Bernama.
Mohd Asri berkata perkara berkenaan antara 13 resolusi yang dihasilkan melalui perbincangan dalam Persidangan Majlis Ilmuwan Nusantara (MIN) kali kedua tahun ini yang berlangsung di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini pada 14 dan 15 Nov.
Persidangan bertemakan Imbangan Antara Agama dan Budaya berkenaan melibatkan penyertaan 30 ilmuwan dari beberapa negara termasuk Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, Brunei, Kemboja dan Vietnam.
Beliau berkata antara resolusi lain persidangan berkenaan ialah adat, budaya dan seni yang tidak bertentangan dengan syarak boleh digunakan sebagai wasilah dakwah iaitu seperti memasukkan unsur yang baik dalam karya seni.
“Resolusi lain ialah adat, budaya dan seni yang membawa kepada maslahah dianjurkan oleh Islam meskipun bukan daripada masyarakat Islam,” katanya.
Mohd Asri berkata resolusi lain seterusnya ialah adat, budaya dan seni sekalipun tidak mempunyai unsur keagamaan seperti dakwah atau ketuhanan tetap dibolehkan selagi tiada perkara yang bertentangan dengan syariat dengan adat, budaya dan seni berkenaan diizinkan serta tidak boleh diharamkan atas nama Islam.
“Selain itu, usaha Islamisasi sesuatu adat, budaya dan seni adalah sesuatu yang baik namun hendaklah berhati-hati agar ia tidak dianggap sebagai satu ibadah khusus dalam agama sehingga akhirnya menjadi bidaah.
“Resolusi lain pula ialah menghormati adat, budaya dan seni sesuatu kaum adalah ajaran Islam. Sikap keras menentang semua adat, budaya dan seni sesuatu kaum tanpa alasan syarak menyelisihi pendirian Nabi SAW,” katanya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.