Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ISMAIL SELESAI ANGKAT SUMPAH PERDANA MENTERI KE-9

DALAM NEGARA

ISMAIL SELESAI ANGKAT SUMPAH PERDANA MENTERI KE-9

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-9 pada jam 2.30 petang hari ini, di Istana Negara.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri dibuat di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah serta Raja Permaisuri Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.


“Bismillahirrahmanirrahim, wallahi, wabillahi, wattallahi, saya Ismail Sabri Yaakob setelah dilantik memegang jawatan seorang Perdana Menteri, sesungguhnya bersumpah bahawa saya akan dengan jujur menunaikan kewajipan jawatan itu dengan segala daya upaya saya bahawa saya akan menumpahkan taat setia kepada Malaysia dan memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

“Saya tidak akan memberitahu atau menzahirkan mana-mana orang sama ada secara langsung atau tidak apa-apa perkara yang dibawa untuk pertimbangan saya atau yang akan saya ketahui sebagai Perdana Menteri kecuali sebagaimana yang mungkin dikehendaki untuk menunaikan sewajarnya kewajipan saya sebagai demikian atau sebagaimana mungkin dibenarkan dengan khas oleh Yang di-Pertuan Agong,” lafaz Ismail Sabri dalam istiadat tersebut.

Turut hadir Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali. Ketua Hakim Negara, Datuk Tengku Maimun Tuan Mat, Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Affendi Buang dan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.

Semalam, Al-Sultan Abdullah berkenan melantik Ismail Sabri yang merupakan ahli Parlimen Bera sebagai Perdana Menteri selepas beliau mendapat sokongan majoriti daripada ahli Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan yang baharu.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading