COVID-19: ISRAEL TUTUP SEMPADAN DENGAN MESIR

Last Updated on

BAITULMAQDIS: Sempadan antara Israel dan Mesir ditutup semalam akibat penularan wabak koronavirus, demikian laporan agensi berita Anadolu hari ini.

Menurut Perbadanan Penyiaran Awam, Israel menutup sempadannya dengan Mesir pada jam 5 pagi waktu tempatan.

Sebelum itu, Israel menutup sempadannya dengan Syria dan Lubnan pada Jumaat lalu akibat kebimbangan penularan wabak merbahaya itu.

Mesir berkata virus dikenali sebagai COVID-19 dikesan dalam 33 individu, termasuk tiga warganya, di atas sebuah kapal pelancong di selatan negara itu.

Kementerian Kesihatan Israel setakat ini mengesahkan 20 kes COVID-19 di negara itu dengan syarikat penerbangan Israel, El Al mengurangkan penerbangan antarabangsa.

Pihak Berkuasa Palestin pula mengesahkan 19 kes koronavirus di Tebing Barat.

Pertama kali dikesan di Wuhan, China pada Disember lalu, virus itu yang secara rasmi dikenali sebagai COVID-19, merebak ke lebih 80 negara.

Jumlah kematian global dicatatkan menghampiri 3,500 kes dan lebih 100,000 kes jangkitan direkodkan, demikian menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Selepas mengisytiharkan penularan wabak itu sebagai kecemasan kesihatan global pada Januari, WHO meningkatkan tahap amaran kepada “amat tinggi” pada bulan lalu. – Terjemahan AlHijrah Online

Leave a Reply