INSIDEN TEMBAKAN MASJID PARIS, SEORANG CEDERA

Last Updated on

PARIS: Seorang lelaki bertindak melepaskan tembakan rambang di sebuah masjid di timur laut Paris malam semalam menyebabkan seorang mangsa cedera, demikian laporan agensi berita Anadolu hari ini.

Insiden itu berlaku di sebuah masjid di Rue de Tanger, bandar ke-19 di bawah Paris, yang juga kawasan terkenal dengan kepelbagaian agama dan budaya.

Penembak yang memakai topi keledar dilihat beredar dengan skuter selepas insiden itu, demikian menurut sumber tempatan.

Mangsa berusia 32 tahun dikejarkan ke hospital dengan beberapa kesan kecederaan akibat tembakan itu.

Ketika insiden berlaku, terdapat 15 individu di dalam masjid itu. Bagaimanapun, tiada mangsa cedera lain dilaporkan. — Terjemahan AlHijrah Online

Leave a Reply