ISU BULI UPNM: PEGAWAI KADET JALANI PEMERIKSAAN FIZIKAL BERKALA KESAN PENDERAAN
Pemeriksaan fizikal berkala akan dijalankan terhadap pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bagi mengesan sebarang aktiviti penderaan.
KUALA LUMPUR: Pemeriksaan fizikal berkala akan dijalankan terhadap pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bagi mengesan sebarang aktiviti penderaan.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata langkah itu antara lapan tindakan penambahbaikan serta mekanisme pencegahan yang telah dan sedang diambil bagi mengelak kejadian buli daripada berulang.
Beliau berkata selain itu, sesi pertemuan antara pegawai kadet dan pihak tertinggi ALK-UPNM secara eksklusif turut diadakan untuk memberikan ruang bebas tanpa perasaan takut bagi mendapatkan maklumat salah laku dalam kalangan pegawai kadet.
“Ini bagi mengatasi isu keengganan pegawai kadet melapor kejadian-kejadian yang tidak sepatutnya,” katanya menjawab soalan Nordin Ahmad Ismail (PN-Lumut) mengenai usaha kerajaan memastikan kegiatan buli di UPNM dinoktahkan pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Mohamed Khaled berkata Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga telah menambah perjawatan pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) yang ditugaskan di ALK-UPNM dan menambah jurulatih bagi meningkatkan pemantauan terhadap pegawai kadet.
Beliau berkata penambahan pegawai melibatkan 48 orang berbanding 31 pegawai sebelum ini manakala 182 LLP ditambah berbanding 124 LLP.
Mohamed Khaled berkata ATM juga menetapkan seorang jurulatih bertugas bagi setiap Kompeni untuk membolehkan pemantauan pegawai kadet yang lebih teliti setiap hari.
“Jurulatih bertugas telah diarahkan untuk melakukan rondaan ke penginapan pegawai kadet selepas 11:59 malam setiap hari,” katanya sambil menambah tindakan pemberhentian akan dilaksanakan terhadap pegawai kadet yang didapati bersalah melakukan penderaan.
Bermula Febuari 2023, beliau berkata tujuh kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di beberapa aras blok penginapan bagi mengesan aktiviti mencurigakan dan kementerian sedang merancang untuk menambah jumlah itu mengikut keperluan dan kesesuaian.
Dalam pada itu, pengasingan pegawai kadet tahun satu dilakukan di Bukit Putera bermula April lepas dan diletakkan di bawah kelolaan jurulatih sepenuhnya memandangkan golongan itu biasanya menjadi sasaran.
Mohamed Khaled memaklumkan kes buli yang dilaporkan di ALK hanya bertambah pada tahun ini berbanding 2022 dan 2023 yang masing-masing merekodkan satu kes.
Beliau berkata kementerian akan mendedahkan bentuk-bentuk kesalahan dan hukuman berat yang dikenakan kepada pembuli, selain menekankan keseriusan kesalahan bersubahat menyembunyikan kejadian buli di ALK. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked