ITALI SAHKAN KES KORONAVIRUS MELEBIHI 7,900 KES DENGAN 463 MAUT

ROM: Jumlah individu disahkan positif koronavirus mencecah 7,985 kes di Itali, demikian menurut pihak berkuasa Itali semalam.

Angka itu menunjukkan peningkatan 1,598 kes jangkitan baharu berbanding sehari sebelumnya.

“Kita merekodkan 102 kes sembuh menjadi keseluruhan 724 pesakit pulih,” kata Ketua Jabatan Perlindungan Awam, Angelo Borrelli, yang juga pesuruhjaya khas bagi menangani kecemasan koronavirus dalam siaran sidang akhbar tengah hari semalam.

“Kita juga merekodkan 97 kematian baharu menjadikan keseluruhan 463 maut,” katanya dipetik agensi berita Xinhua.

Majoriti kes membabitkan warga emas dengan 99 peratus kes yang maut membabitkan individu berusia 60 tahun ke atas. — Agensi/AlHijrah Online

Leave a Reply