Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JABATAN KESIHATAN NEGERI PERAK CARI WANITA INGKAR KUARANTIN

DALAM NEGARA

JABATAN KESIHATAN NEGERI PERAK CARI WANITA INGKAR KUARANTIN

IPOH: Jabatan Kesihatan Negeri Perak (JKNP) sedang mengesan wanita memakai gelang pengesanan kuarantin Covid-19 yang gambarnya makan di sebuah medan selera tular di media sosial.

Pengarahnya, Datuk Dr Ding Lay Ming berkata, JKNP telah mengambil tindakan serta-merta menyiasat perkara itu sejurus ia tular.

“Pihak JKNP sedia maklum isu yang sedang tular itu. Seorang Individu Di Bawah Pengawasan atau Person Under Surveillance (PUS) dikatakan gagal mematuhi arahan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Di Rumah (HSO) di rumah masing-masing.

“Jika hasil siasatan kita didapati berasas, tindakan sewajarnya termasuk perundangan akan diambil terhadap wanita itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai respon daripada tindakan wanita terbabit yang tular hari ini, selepas dikatakan menikmati hidangan di sebuah medan selera difahamkan di Bandar Meru Raya di Ipoh. — AlHijrah Online / Hamimah Hamid


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading