Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JAIS SIASAT SURAU GUNA PEMBESAR SUARA LUAR SEMASA KULIAH

DALAM NEGARA

JAIS SIASAT SURAU GUNA PEMBESAR SUARA LUAR SEMASA KULIAH

SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan menyiasat sebuah surau di Ampang Campuran yang didakwa menggunakan pembesar suara luar semasa program kuliah subuh di surau tersebut.

GAMBAR HIASAN – AFP

SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan menyiasat sebuah surau di Ampang Campuran yang didakwa menggunakan pembesar suara luar semasa program kuliah subuh di surau tersebut.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata siasatan dibuat mengikut Seksyen 12 (a) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 kerana disyaki melanggar titah Sultan Selangor atas sifat baginda sebagai ketua agama Islam negeri itu.

“Adalah dimaklumkan bahawa JAIS pada 23 Oktober 2017 telah mengeluarkan arahan kepada pentadbir masjid dan surau seluruh Selangor untuk tidak membenarkan penggunaan pembesar suara luar untuk sesi kuliah yang dijalankan.

“Sultan Selangor pada 16 Oktober 2017 telah menitahkan penggunaan pembesar suara untuk ceramah dan kuliah hendaklah dihadkan di dalam ruang atau dewan masjid dan surau sahaja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut  Mohd Shahzihan pembesar suara luar hanya boleh digunakan bagi tujuan azan dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran bagi tempoh pendek sebelum azan dilaungkan.

Katanya titah Sultan Selangor itu dibuat agar imej dan kemuliaan agama Islam sebagai suatu sistem cara hidup yang sempurna, dinamik, serta sentiasa mementingkan kesejahteraan masyarakat seluruhnya dapat dirasai semua pihak dan seterusnya menjadi contoh teladan yang baik.

Semalam media melaporkan seorang lelaki ditangkap selepas didakwa mengamuk di sebuah surau di Ampang Campuran berkaitan penggunaan pembesar suara semasa program kuliah subuh. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading