JAWATANKUASA FATWA PULAU PINANG PUTUSKAN GISBH MENYELEWENG, SESAT
Majlis Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang memutuskan ajaran, amalan, pegangan dan fahaman pemimpin serta ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) dan rangkaian syarikatnya adalah sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.
GEORGE TOWN: Majlis Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang memutuskan ajaran, amalan, pegangan dan fahaman pemimpin serta ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) dan rangkaian syarikatnya adalah sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.
Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid berkata ini kerana kumpulan itu masih meneruskan pegangan dan amalan Darul Arqam dan Syarikat Rufaqa’ Corporation Sdn Bhd yang telah difatwakan sesat sebelum ini.
“Keputusan Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang bersandar maklumat terperinci dan bukti sahih berkaitan GISBH di Pulau Pinang daripada Bahagian Penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dan polis negeri yang mendapati GISBH menyeleweng daripada sudut akidah.
“Antaranya mempercayai AsySyeikh Muhammad Abdullah As-Suhaimi atau Syeikh Muhammad Suhaimi tidak mati tetapi ghaib dan akan muncul sebagai Imam Mahdi dan pengasas Darul Arqam Ashaari Muhammad atau Abuya dikatakan Pemuda Bani Tamim akan muncul sebagai pembantu Imam Mahdi di akhir zaman,” katanya.
Mohamad berkata demikian pada sidang media yang turut dihadiri Mufti Pulau Pinang Profesor Madya Datuk Dr Mohd Sukki Othman di sini hari ini.
Selain itu, Mohamad berkata jemaah GISBH masih meneruskan amalan Aurad Muhammadiah atau zikir agung versi Darul Arqam yang juga telah difatwakan sesat selain menyakini amalan bertabarruk atau mengambil berkat daripada air basuhan atau air rendaman anggota badan pemimpin.
Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri I berkata dari sudut muamalah ekonomi pula, GISBH mengamalkan ekonomi yang mempunyai unsur perhambaan dan penindasan terhadap mereka yang terlibat serta eksploitasi ke atas ahli, kanak-kanak dan wanita.
Fatwa hari ini, menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri keenam yang mengisytiharkan ajaran dan amalan GISBH sebagai sesat dan bercanggah dengan Islam, selepas Perlis, Selangor, Pahang, Melaka dan Sabah.
Mohamad berkata Jawatankuasa Fatwa juga memutuskan orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan adalah dilarang dan diharamkan untuk beramal atau berpegang dengan fahaman atau amalan yang mempunyai persamaan dengannya.
Ini termasuk diharamkan memiliki, menyimpan, menerbitkan, menyalin, mencetak, menjual, mengedar atau menyiarkan apa-apa bahan berkaitan serta menganjur, menyokong, mengadakan atau membantu menjayakan apa- apa perayaan, sambutan keraian, majlis atau aktiviti.
Beliau berkata Jawatankuasa Fatwa juga mengharamkan memberikan kemudahan, sumbangan, pembiayaan, bantuan atau sokongan kepada mana-mana orang atau pertubuhan, persatuan, syarikat, rumah amal, pusat jagaan atau badan lain untuk tujuan menyebarkan atau mengembangkan fahaman, ajaran, pegangan atau amalan itu atau sebarang fahaman mempunyai persamaan dengannya.
Mohamad berkata keputusan itu akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim untuk diperkenankan dalam masa terdekat sebelum diwartakan.
Pada sidang media sama, beliau berkata empat premis yang dipercayai berkaitan dengan GISBH di Pulau Pinang juga ditutup sepenuhnya.
Kerajaan negeri juga menyediakan Kompleks Darul Hidayah (KDH) Permatang Tok Gelam, Penaga dekat sini sebagai pusat pemulihan akidah jemaah GISBH secara sukarela yang turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk bilik penginapan. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked