Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JAWATANKUASA KHAS KAJI DOKTRIN FAHAMAN GISB DITUBUH

DALAM NEGARA

JAWATANKUASA KHAS KAJI DOKTRIN FAHAMAN GISB DITUBUH

Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menjalankan siasatan dan kajian terperinci terhadap doktrin fahaman kumpulan Global Ikhwan Service and Business (GISB) Holdings.

KUALA LUMPUR : Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menjalankan siasatan dan kajian terperinci terhadap doktrin fahaman kumpulan Global Ikhwan Service and Business (GISB) Holdings.

Menterinya Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata, langkah itu bagi membanteras hingga ke akar umbi fahaman dan ajaran menyeleweng.

“Jawatankuasa Khas ini diletakkan di bawah seliaan Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang menjalankan fungsi membantu memberikan sokongan data dan kajian kepada pihak berkuasa termasuk kepada Jawatankuasa Muzakarah MKI” katanya.

Jelas Mohd Na’im, pihaknya menyokong penuh tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah menahan reman seramai 171 individu dalam Op Global bagi tujuan siasatan berkaitan GISBH.

“Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah diarah untuk memberikan kerjasama penuh untuk membantu pihak PDRM dalam proses siasatan” katanya dalam kenyataan hari ini

“Selain itu, JAKIM turut akan membawa isu ini kepada Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) untuk memutuskan dalam perkara-perkara berkaitan akidah.”

Sementara itu Mohd Na’im berkata pihaknya akan membantu  menyediakan rumah perlindungan kepada kanak-kanak dan remaja yang diselamatkan dalam Op Global tersebut. 

Pada masa sama, mereka akan membantu memberikan khidmat rundingcara dan kaunseling kepada mangsa yang terlibat.

“Sekali lagi ingin dibuat penegasan bahawa Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) tidak akan berkompromi dengan isu-isu berkaitan akidah umat Islam”. katanya.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading