GISB: ANWAR ARAH PIHAK BERKUASA, MAJLIS AGAMA SEGERA SIASAT, AMBIL TINDAKAN
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata langkah itu penting dan tidak boleh dilengahkan kerana melibatkan soal penyalahgunaan kuasa, agama serta penderaan kanak-kanak.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahimi (dua,kanan) menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Iman, Kampung Desa Putra, Sungai Merab, Kajang, hari ini. Turut kelihatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar (kanan). –fotoBERNAMA
KAJANG: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pihak berkuasa termasuk majlis agama Islam untuk segera melakukan siasatan dan mengambil tindakan berhubung dakwaan salah laku syarikat GISB Holdings Sdn Bhd.
Bercakap kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Iman di sini hari ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata langkah itu penting dan tidak boleh dilengahkan kerana melibatkan soal penyalahgunaan kuasa, agama serta penderaan kanak-kanak.
“Biar polis buat siasatan dan ambil tindakan ikut undang-undang dan pihak majlis agama terutama wilayah (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan) dan JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) … JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) yang ada kekuatan penyiasatan dan penyelidikan untuk memberikan nasihat.
“Biar ada saluran dan jangan lengahkan. Ramai tanya mengapa ada kelewatan atau kelengahan dalam mengambil tindakan? Jadi, saya telah bawa kepada badan-badan ini untuk ambil tindakan segera, siasatan dan laporan,” katanya.
Media baru-baru ini melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat GISB atas dakwaan mengeksploitasi kanak-kanak di 20 rumah amal milik rangkaian syarikat itu.
Rabu lepas, PDRM dilaporkan menyelamatkan sebanyak 201 kanak-kanak lelaki dan 201 kanak-kanak perempuan berusia antara setahun dan 17 tahun yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi, pengabaian dan penganiayaan menerusi Op Global.
Polis turut menahan 171 individu terdiri daripada tenaga pengajar, penjaga asrama dan pengerusi pusat pengajian berumur 17 hingga 64 tahun bagi membantu siasatan.
Sementara itu, mengulas dakwaan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, Anwar dalam jawapan ringkas berkata, “Biarlah dia (Abdul Hadi) seorang sahaja yang kuat”.
Baru-baru ini, Abdul Hadi dilaporkan mengkritik parti Melayu dalam Kerajaan Perpaduan lemah dan tidak berwibawa untuk menangani rakan komponen bukan Islam termasuk dalam isu sijil halal sekali gus menyebabkan pemimpin bukan Islam “naik kepala”. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests