JAIS TUBUH PASUKAN KHAS, SIASAT AJARAN SESAT DI SELANGOR
Kerajaan negeri Selangor tidak teragak-agak untuk menarik lesen operasi dan mengenakan tindakan tegas kepada mana-mana pusat tahfiz atau sekolah agama yang didapati terlibat dengan unsur-unsur kesesatan demi menjamin keselamatan pelajar.
SHAH ALAM: Pasukan siasatan khas Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan berhubung sekolah agama dan pusat pengajian agama di negeri ini yang terlibat dengan penyebaran ajaran sesat.
Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor Dr Mohammad Fahmi Ngah berkata penubuhan pasukan khas yang dipengerusikan Pengarah JAIS Datuk Mohd Shahzihan Ahmad itu susulan pendedahan polis berhubung sebuah syarikat tempatan yang dipercayai mengeksploitasi kanak-kanak dan agama.
Beliau berkata kerajaan negeri tidak teragak-agak untuk menarik lesen operasi dan mengenakan tindakan tegas kepada mana-mana pusat tahfiz atau sekolah agama yang didapati terlibat dengan unsur-unsur kesesatan demi menjamin keselamatan pelajar.
“Pihak JAIS telah diarahkan dan sedang menjalankan pemantauan rapat, semakan dan saringan ke atas pusat tahfiz serta sekolah agama di negeri ini yang berdaftar dan belum berdaftar dengan JAIS.
“Kerajaan Selangor komited dalam memastikan keselamatan pusat tahfiz dan sekolah agama berkenaan daripada menjadi pusat eksploitasi kanak-kanak serta sebaran ajaran yang bercanggah dengan agama Islam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau dalam kenyataan sama menyeru orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan sekolah agama atau pusat tahfiz yang mengamalkan perkara yang bercanggah dengan ajaran Islam untuk melaporkan terus kepada JAIS.
Rabu lepas, polis menerusi Op Global berjaya menyelamatkan 402 kanak-kanak daripada 20 rumah amal yang mempunyai kaitan dengan syarikat berkenaan di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests