Pergerakan secara berperingkat itu bermula pukul 7 pagi waktu Arab Saudi, melibatkan jemaah dari tiga bangunan penginapan iaitu di Abraj Al Janadriyah, Qsar Al Janadriyah dan Land Premium serta jemaah haji pakej.
Jemaah haji berkumpul di Padang Arafah pada 19 Julai tahun lalu. –foto AFP
MAKKAH: Seramai 14,306 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah hari ini, kata Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
Beliau berkata pergerakan secara berperingkat itu bermula pukul 7 pagi waktu Arab Saudi, melibatkan jemaah dari tiga bangunan penginapan iaitu di Abraj Al Janadriyah, Qsar Al Janadriyah dan Land Premium serta jemaah haji pakej.
“Lembaga Tabung Haji (TH) dan Syarikat Tewafa Asia Tenggara telah menyediakan 17 bas bagi membawa kira-kira 2,500 jemaah haji untuk setiap maktab dan pergerakan itu dibuat secara tiga pusingan (tiga waktu berlainan).
“Urusan membawa jemaah dari Makkah ke Arafah dijangka selesai sebelum pukul 10 malam bagi pergerakan 8 Zulhijjah,” katanya kepada pemberita di sini.
Katanya Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad dijangka akan menyampaikan khutbah Arafah di khemah jemaah haji.
Menurut Syed Saleh jemaah haji tahun ini bertuah kerana kerajaan Arab Saudi telah melakukan pelbagai penambahbaikan termasuk penyediaan tilam dan bantal di khemah penginapan, serta bekalan elektrik disambung secara terus tanpa menggunakan ‘genset’ untuk memastikan ia lebih baik dan stabil.
Selain itu, beliau berkata bagi pergerakan ke Muzdalifah, bas akan bersedia di Arafah pada pukul 6 petang dan jemaah mula menaiki bas setengah jam selepas itu untuk bergerak ke sempadan Arafah.
“Bas akan bergerak dari Arafah ke Muzdalifah sebaik sahaja azan maghrib berkumandang pada pukul 7.08 malam. Jemaah haji kemudiannya akan bermabit di Muzdalifah sehingga pukul 11.45 malam,” katanya.
Bagi pergerakan ke Mina pula, bas pertama dijangka bergerak dari Muzdalifah pada pukul 11.45 malam dan berdasarkan perancangan awal, urusan pergerakan jemaah haji di Muzdalifah dijangka selesai pukul 6 pagi Sabtu.
“Mereka akan berada di Mina untuk bermalam dan melontar di tiga jamrah. Semasa berada di Mina pelbagai aktiviti telah dirancang bagi mengisi masa sepanjang berada di situ seperti berzikir dan ceramah.
“Untuk melontor mereka akan bergerak dari khemah ke jamrah yang jaraknya kira-kira 10 kilometer pergi dan balik. Jemaah haji akan bergerak pada waktu malam bagi mengelakkan cuaca panas dan sepanjang pergerakan akan ada petugas menunggu di kawasan tertentu untuk memberi pandu arah,” katanya.
Syed Saleh berkata kesemua jemaah telah diberi taklimat lebih awal mengenai pergerakan yang akan berlaku sepanjang operasi di Arafah, Muzdalifah dan Mina.
Katanya pergerakan dan suasana semasa operasi masyair adalah sesuatu yang amat mencabar dan berharap jemaah haji bersedia dari segi mental dan fizikal.
Sementara itu, bagi jemaah yang sedang dirawat di Pusat Rawatan TH Syisyah dan Hospital Arab Saudi, mereka akan dibawa wukuf di Arafah dengan menggunakan ambulans sekiranya mendapat kebenaran daripada doktor. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager