SUAMI ISTERI DITEMUKAN MAUT DIPERCAYAI DIBUNUH AHLI KELUARGA
Sepasang suami isteri ditemukan mati dalam keadaan berlumuran darah, dipercayai dibunuh oleh seorang ahli keluarga itu sendiri di ruang tamu rumah mereka di Taman Bercham Aman di sini pagi tadi.
Sepasang suami isteri ditemukan maut dengan berlumuran darah dipercayai dibunuh ahli keluarga sendiri di ruang tamu rumah mereka di Taman Bercham Aman pagi tadi. — fotoBERNAMA
IPOH: Sepasang suami isteri ditemukan mati dalam keadaan berlumuran darah, dipercayai dibunuh oleh seorang ahli keluarga itu sendiri di ruang tamu rumah mereka di Taman Bercham Aman di sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian menimpa mekanik Ng Chun Hon, 64, dan suri rumah Ooi Tin Lu yang berumur 59 tahun itu pada kira-kira pukul 8.50 pagi daripada abang kepada Chun Hon.
Beliau berkata pengadu memberitahu bahawa dia menemui adik lelaki bersama isterinya dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah semasa dia balik ke rumah itu selepas tamat bekerja.
“Pasukan polis bersama pihak Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) telah ke tempat kejadian dan mendapati kedua-dua mayat ditempatkan berdekatan, tersandar pada dinding, dan mereka dipercayai mati akibat kecederaan pada bahagian kepala disebabkan senjata tajam serta objek tumpul, namun tiada senjata yang ditemukan.
“Siasatan awal mendapati berlaku pergaduhan di rumah ini dan kedua-dua mereka dipercayai telah meninggal dunia malam tadi. Ibu mangsa yang berumur 90-an, uzur dan berkerusi roda, turut berada dalam rumah ketika kejadian, namun tidak diapa-apakan,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini hari ini.
Yahaya berkata polis sedang mencari adik lelaki Chun Hon yang dikenali sebagai Ng Chun Ming, 61, yang menghilangkan diri bersama kereta Proton Saga dengan nombor pendaftaran PHU 8608, bagi membantu siasatan.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai penganggur dengan rekod jenayah lampau kes mendatangkan kecederaan itu supaya menghubungi pegawai penyiasat ASP Nor Azalina Rais Ahmad dengan menelefon 0136282176 bagi membantu siasatan.
Menurutnya kedua-dua mayat telah dihantar ke HRPB untuk dibedah siasat. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests