Connect with us

ALHIJRAH NEWS

JEMAAH HAJI MUASSASAH SELANGOR BAKAL TERIMA INSENTIF RM1,500

DALAM NEGARA

JEMAAH HAJI MUASSASAH SELANGOR BAKAL TERIMA INSENTIF RM1,500

6,000 bakal jemaah haji muassasah di Selangor akan menerima insentif RM1,500 seorang menerusi pelaksanaan program Insentif Haji Muassasah 1447H/2026M.

 

Foto: AFP

SHAH ALAM: 6,000 bakal jemaah haji muassasah di Selangor akan menerima insentif RM1,500 seorang menerusi pelaksanaan program Insentif Haji Muassasah 1447H/2026M.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Jumlah insentif itu meningkat sebanyak RM500 berbanding RM1,000 tahun lalu sebagaimana diluluskan dalam Belanjawan Selangor 2026 dengan peruntukan RM9 juta.

“Sejak mula dilaksanakan pada 2022 oleh MBI Selangor, insentif ini memanfaatkan seramai 18,000 jemaah haji muassasah dari Selangor, iaitu 3,000 jemaah masing-masing pada 2022 dan 2023 dan 6,000 jemaah masing-masing pada 2024 dan 2025,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, bagi mengoptimumkan proses pendaftaran, bakal jemaah iaitu warga Selangor yang mengundi di negeri ini hanya perlu membawa salinan bercetak jadual penerbangan Haji Muassasah tahun 2026 dengan paparan KOD MUAS ke Pusat Khidmat Masyarakat ataupun Pejabat Penyelaras DUN masing-masing dan diselaraskan oleh Yayasan Menteri Besar Selangor.

Permohonan dibuka mulai Isnin ini hingga 15 Julai. – Alhijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading