Connect with us

ALHIJRAH NEWS

TABUNG HAJI ANJUR KURSUS ASAS HAJI DI 200 MASJID

DALAM NEGARA

TABUNG HAJI ANJUR KURSUS ASAS HAJI DI 200 MASJID

TH menggalakkan semua bakal haji musim 1448H/2027M mengikuti KAH secara serius dan konsisten kerana modulnya merupakan asas utama sebelum melangkah ke Kursus Intensif Haji (KIH) dan Kursus Perdana Haji (KPH).

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) menganjurkan Kursus Asas Haji (KAH) bagi musim 1448H/2027M di 200 masjid di seluruh negara bermula esok 25 September.

TH dalam kenyataan hari ini memaklumkan kursus yang dilaksanakan sebanyak 12 siri itu dianjurkan bagi memudahkan bakal jemaah dan orang ramai mendapatkan bimbingan haji berhampiran kawasan masing-masing.

“KAH merupakan antara program bimbingan yang memberi penekanan kepada penguasaan ilmu asas ibadah haji dan umrah, merangkumi panduan praktikal persediaan awal ibadah, kesihatan dan pengurusan diri sebelum menunaikan ibadah di Tanah Suci,” menurut kenyataan itu.

TH menggalakkan semua bakal haji musim 1448H/2027M mengikuti KAH secara serius dan konsisten kerana modulnya merupakan asas utama sebelum melangkah ke Kursus Intensif Haji (KIH) dan Kursus Perdana Haji (KPH).

Menurut TH, persediaan menunaikan haji bukan sahaja melibatkan aspek kewangan dan kesihatan, malah memerlukan kefahaman ilmu yang mencukupi bagi memastikan ibadah dapat dilaksanakan secara sempurna selaras dengan konsep ‘istito’ah’.

“Kursus ini turut terbuka kepada orang awam yang ingin mendalami ilmu berkaitan ibadah haji, selain bahan pembelajaran juga boleh dicapai secara dalam talian menerusi platform e-Bimbingan Haji TH,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, semakan jadual dan maklumat lanjut KAH boleh dibuat melalui aplikasi THIJARI, laman sesawang rasmi TH atau Pejabat TH berhampiran, manakala bakal jemaah juga diingatkan supaya sentiasa menjaga kesihatan dan mengemas kini maklumat peribadi. — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading