Connect with us

ALHIJRAH NEWS

VETERINAR PULAU PINANG SIASAT KEJADIAN DUA LELAKI HERET ANJING DENGAN MOTOSIKAL

DALAM NEGARA

VETERINAR PULAU PINANG SIASAT KEJADIAN DUA LELAKI HERET ANJING DENGAN MOTOSIKAL

Seorang wanita yang menyaksikan kejadian tersebut telah menegur dan meminta kedua-dua lelaki terbabit menghentikan perbuatan itu, namun mereka didakwa terus mengheret anjing berkenaan sebelum meninggalkan lokasi.

GEORGE TOWN: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Pulau Pinang sedang menyiasat kejadian dua lelaki yang didakwa mengheret seekor anjing menggunakan motosikal di kawasan Batu Lancang, semalam.

Pengarah DVS Pulau Pinang Dr Saira Banu Mohamed Rejab ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Pihak JPV Pulau Pinang sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu,” katanya.

Sementara itu, penyelamat haiwan David Yim berkata seorang wanita yang menyaksikan kejadian tersebut telah menegur dan meminta kedua-dua lelaki terbabit menghentikan perbuatan itu, namun mereka didakwa terus mengheret anjing berkenaan sebelum meninggalkan lokasi.

Beliau berkata wanita itu kemudian tampil membuat laporan kepada DVS, selain menyerahkan gambar dan video yang dipercayai merakam kejadian tersebut kepada pihak berkuasa.

“Anjing berwarna hitam tersebut dipercayai mengalami kecederaan serius dan ditinggalkan di situ manakala dua lelaki terbabit yang menaiki motosikal kemudiannya beredar dari kawasan berkenaan,” ujarnya.

Beliau berharap pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh dan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya terdapat unsur penganiayaan terhadap haiwan. — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading