Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JEMAAH UMRAH MALAYSIA MENINGGAL DUNIA DALAM PENERBANGAN DUBAI- KL

DUNIA

JEMAAH UMRAH MALAYSIA MENINGGAL DUNIA DALAM PENERBANGAN DUBAI- KL

Susulan kejadian itu, penerbangan terbabit melakukan pendaratan cemas di Chennai, India, pada pagi Sabtu.

shadow image of a plane flying during sunset
Gambar hiasan (Pexels.com)

NEW DELHI: Seorang wanita rakyat Malaysia meninggal dunia dalam penerbangan Emirates dari Dubai ke Kuala Lumpur.

Susulan kejadian itu, penerbangan terbabit melakukan pendaratan cemas di Chennai, India, pada pagi Sabtu.

Penumpang berusia 57 tahun itu dilaporkan “mengalami sakit dada dan tidak sedarkan diri” semasa penerbangan, lapor sebuah laman sesawang berita India.

Jenazah akan dihantar pulang ke Malaysia selepas menjalani bedah siasat di Chennai.

Wanita itu dalam perjalanan pulang ke tanah air selepas menunaikan umrah. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading