SESI LUAR BIASA ICIM GESA MEDIA ANTARABANGSA DEDAH TINDAKAN ISRAEL ‘TUTUP MULUT’ WARTAWAN
Menteri-Menteri Penerangan negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menggesa organisasi dan saluran media antarabangsa untuk mendedahkan pelanggaran hak asasi manusia dan kempen terhadap wartawan oleh pihak pendudukan Israel.
Para menteri mengutuk penyasaran secara sengaja dan sistematik Israel terhadap wartawan Palestin dan menekankan bahawa hal itu adalah sebahagian kempen untuk mendiamkan suara kebenaran. –fotoBERNAMA
ISTANBUL: Menteri-Menteri Penerangan negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menggesa organisasi dan saluran media antarabangsa untuk mendedahkan pelanggaran hak asasi manusia dan kempen terhadap wartawan oleh pihak pendudukan Israel.
Dalam Kenyataan Akhir Sesi Luar Biasa Persidangan Menteri-Menteri Penerangan Islam (ICIM) yang berlangsung sehari di sini, para menteri mengutuk penyasaran secara sengaja dan sistematik Israel terhadap wartawan Palestin dan menekankan bahawa hal itu adalah sebahagian kempen untuk mendiamkan suara kebenaran.
Menteri-menteri juga mengecam pihak berkuasa pendudukan Israel yang enggan mengambil walau satupun langkah paling asas untuk memastikan keselamatan wartawan mengikut Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa (IHL) dan kaedah antarabangsa lain yang menjamin dan melindungi hak-hak wartawan.
“Bimbang Israel, pihak berkuasa pendudukan, sedang berusaha untuk menyembunyikan dan tidak menunjukkan situasi sebenar mengenai kekejaman yang berlaku di Semenanjung Gaza, termasuk membunuh bayi, kanak-kanak, wanita, wartawan tua, petugas kesihatan, ahli akademik dan pekerja kemanusiaan menerusi pemalsuan maklumat yang sistematik.
“Meletakkan Israel, pihak berkuasa pendudukan, sebagai bertanggungjawab terhadap pembunuhan, penahanan dan penindasan wartawan serta pembunuhan dan menyasarkan ahli keluarga mereka,” menurut kenyataan itu.
Sesi Luar Biasa ICIM yang berlangsung di sini semalam bertujuan membincangkan usaha bersama dalam melawan pemalsuan maklumat dan permusuhan daripada pihak berkuasa Israel terhadap wartawan dan saluran media di wilayah Palestin yang diduduki mereka.
Seramai 199 peserta dari 42 negara menghadiri persidangan anjuran OIC itu dan Turkiye menjadi tuan rumah persidangan atas kapasitinya sebagai Pengerusi ICIM sesi semasa.
Delegasi Malaysia diketuai Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa mewakili Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Datuk Mohamad Fauzi Md Isa (tengah) –fotoBERNAMA
Kenyataan Akhir itu juga menyeru masyarakat antarabangsa agar segera memulakan siasatan yang membawa kepada memastikan Israel bertanggungjawab atas jenayah yang mereka lakukan terhadap petugas media di Palestin.
Para menteri turut mengutuk kempen pemalsuan maklumat secara sistematik Israel dan penyebaran maklumat palsu serta mengelirukan serta berita bohong untuk menutup kekejaman dan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan mereka di Semenanjung Gaza.
“Menekankan bahawa masyarakat global berhak mengetahui apa yang terjadi dalam wilayah Palestin terutamanya di Semenanjung Gaza dan menggariskan peri pentingnya komuniti dunia bertindak segera untuk memastikan Israel, pihak berkuasa pendudukan, dipertanggungjawabkan atas pencabulan undang-undang antarabangsa kerana menyasarkan wartawan dan mengambil langkah serta-merta untuk melindungi semua pemberita yang ditugaskan di wilayah berkenaan,” menurut kenyataan itu.
Menteri-menteri juga berazam untuk bekerja secara bersama dan erat pada peringkat antarabangsa untuk memerangi pemalsuan maklumat dan menunjukkan tekad bersama untuk bertindak secara solidariti dan bersatu, bagi mendedahkan serangan sembarangan yang menyasarkan orang awam Palestin, termasuk keganasan peneroka haram di Tebing Barat, yang bermatlamat menghalau rakyat Palestin dari rumah mereka.
“Menegaskan tekad bersama kami untuk melawan dan memperlihatkan cubaan-cubaan pihak pendudukan penjajah Israel untuk menyembunyikan kemusnahan di lokasi dengan menakutkan wartawan bagi meminimumkan reaksi antarabangsa, dan untuk memastikan usaha mereka menutup jenayah perang dan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan di Semenanjung Gaza gagal,” menurut kenyataan itu.
Selain itu, menteri-menteri juga memberi mandat kepada Unit Pemantauan Media Sekretariat Agung OIC untuk merangka pelan tindakan media, dengan kerjasama institusi media OIC dan agensi berita nasional negara anggota yang berminat, dengan tujuan untuk meletakkan dan menentang penyebaran maklumat pendudukan Israel, maklumat salah, berita palsu dan jenayah perang, pada persidangan antarabangsa.
“Memberi sokongan kepada Unit Pemantauan Media OIC untuk menganjurkan bengkel media bagi mencapai misinya seperti yang ditetapkan oleh Sidang Kemuncak Negara-Negara Arab-Islam yang diadakan di Riyadh pada 11 Nov 2023,” menurut kenyataan itu.
Pengeboman Israel terhadap Semenanjung Gaza sejak 7 Okt 2023 telah membunuh lebih 29,000 orang dan mengakibatkan kemusnahan berskala besar serta kekurangan bekalan barangan keperluan yang mencetuskan krisis kemanusiaan di Gaza. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests