Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JEPUN ISYTIHAR DARURAT DI TUJUH BANDAR

DUNIA

JEPUN ISYTIHAR DARURAT DI TUJUH BANDAR

ANKARA: Jepun hari ini mengisytiharkan darurat di sekurang-kurangnya tujuh bandar, pertama kali dalam sejarah negara matahari terbit itu, bagi mengekang penularan wabak koronavirus.

Pengumuman darurat selama sebulan yang dibuat Perdana Menteri Shinzo Abe itu akan berkuatkuasa di Tokyo, Osaka dan lima bandar lain, sehingga 6 Mei depan, demikian menurut agensi berita Kyodo.

“Saya membuat keputusan untuk mengisytiharkan darurat selepas kita memasuki fasa di mana penularan wabak semakin cepat dan meluas di seluruh negara serta ia akan mengancam nyawa rakyat dan ekonomi,” kata Abe dalam laporan Kyodo dipetik agensi berita Anadolu.

Jepun merekodkan lebih 3,900 kes dengan 92 kematian.

Pengisytiharan itu akan memberi kuasa kepada gabenor setempat untuk menguatkuasakan langkah pencegahan lebih tegas, meminta penduduk supaya duduk di rumah dan mengehadkan operasi sekolah dan fasiliti lain. – Terjemahan AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading