Connect with us

ALHIJRAH NEWS

JEREBU DI SERIAN, AGONG ISYTIHAR DARURAT

DALAM NEGARA

JEREBU DI SERIAN, AGONG ISYTIHAR DARURAT

Yang di-Pertuan Agong perkenan pengisytiharan darurat di seluruh Bahagian Serian, Sarawak susulan keadaan jerebu yang membahayakan kesihatan dan keselamatan penduduk.

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, mengisytiharkan darurat di seluruh Bahagian Serian, Sarawak susulan keadaan jerebu di kawasan itu yang mencapai tahap pencemaran udara membahayakan kesihatan dan keselamatan orang ramai.

Pejabat Perdana Menteri memaklumkan keputusan itu dibuat selepas mengambil kira nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, serta agensi berkaitan berhubung tahap kualiti udara di kawasan terbabit.

“Langkah- langkah yang perlu secara lebih berkesan akan diambil bagi melindungi kesihatan dan kebajikan penduduk yang terjejas,” kata kenyataan itu.

Kerajaan juga akan terus memantau perkembangan keadaan dari semasa ke semasa dan memastikan segala tindakan yang diperlukan dilaksanakan segera.

“Kerajaan akan terus memantau perkembangan dari semasa ke semasa dan memastikan segala tindakan diperlukan dilaksana dengan segera, termasuk langkah mitigasi serta penyampaian maklumat dan nasihat kesihatan kepada orang ramai,” katanya. — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading