Connect with us

ALHIJRAH NEWS

PMX CADANG BAJU TAHANAN JINGGA HANYA DIPAKAI SELEPAS DIDAKWA, JIKA INDIVIDU BERI KERJASAMA

DALAM NEGARA

PMX CADANG BAJU TAHANAN JINGGA HANYA DIPAKAI SELEPAS DIDAKWA, JIKA INDIVIDU BERI KERJASAMA

Langkah itu wajar dipertimbangkan bagi mengelak persepsi negatif masyarakat kerana proses siasatan masih berjalan dan mereka belum berdepan sebarang pertuduhan.

Sumber Gambar: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bercadang agar individu yang memberikan kerjasama penuh dalam siasatan tidak perlu dipakaikan baju tahanan berwarna jingga ketika dibawa ke mahkamah sebelum mereka dituduh secara rasmi.

Beliau berkata langkah itu wajar dipertimbangkan bagi mengelak persepsi negatif masyarakat kerana proses siasatan masih berjalan dan mereka belum berdepan sebarang pertuduhan.

“Semalam (dalam mesyuarat Jemaah Menteri) saya juga sampaikan (beritahu), sebelum pendakwaan atau sebelum dihadapkan dan didakwa, baju jingga tidak perlu (pakai),” kata beliau kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Bukit Indah, Ampang Jaya hari ini.

Anwar berkata beliau menghormati pandangan pelbagai pihak berhubung perkara itu.

“Setakat ini saya menghormati pandangan kerana ada orang yang rasanya bagi kerjasama dalam siasatan, tidak perlulah dikenakan (dipakaikan) baju jingga kerana ia akan memberi persepsi berbeza,” katanya.

Sebelum ini, seorang bekas menteri dibawa ke mahkamah dengan memakai baju tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berwarna jingga bagi proses permohonan reman berhubung siasatan isu pajakan hotel berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) di Arab Saudi. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading