Connect with us

ALHIJRAH NEWS

MANGSA TERAKHIR TRAGEDI TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN

DALAM NEGARA

MANGSA TERAKHIR TRAGEDI TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN

Mangsa terakhir tragedi lemas di Pantai Tanjung Lompat, Mohamad Haiman Fitri Supian ditemukan kira-kira 3.1 batu nautika dari lokasi kejadian, sekali gus menamatkan operasi SAR selama empat hari.

JOHOR BAHRU: Mangsa terakhir insiden lemas di Pantai Tanjung Lompat, Kota Tinggi, Mohamad Haiman Fitri Supian ditemukan pada 3.05 petang tadi, sekali gus menamatkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) selama empat hari.

Pemangku Pengarah Maritim Zon Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata, mayat mangsa ditemukan orang awam kira-kira 3.1 batu nautika dari lokasi kejadian.

“Penemuan mangsa juga telah disahkan (identitinya) oleh waris,” menurutnya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, penemuan mangsa terakhir itu sekali gus menamatkan operasi SAR yang dikoordinasikan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Mohd Najib turut mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga mangsa dan menzahirkan penghargaan kepada semua agensi yang terlibat dalam operasi berkenaan.

“Sepanjang empat hari operasi, semua agensi terlibat telah memberikan komitmen tinggi dengan menggembleng anggota, aset dan kepakaran masing-masing bagi memastikan usaha pencarian dilaksanakan secara menyeluruh,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada komuniti maritim khususnya nelayan, pengusaha bot dan orang awam yang membantu pasukan operasi dengan menyalurkan maklumat serta memantau kawasan perairan.

Rabu lalu, bomba menerima panggilan kecemasan pada 8.19 pagi berhubung enam remaja lelaki berusia 16 tahun yang dilaporkan lemas ketika mandi di Pantai Tanjung Lompat.

Dua daripada mereka berjaya diselamatkan orang awam, manakala empat lagi dilaporkan hilang.

Kesemua empat mangsa yang meninggal dunia berjaya ditemukan menerusi operasi SAR iaitu Muhammad Thaqif Rayyan Rumainoor, Alif Taqiuddin Kamal Hasrul, Muhammad Adib Hafiy Kamal dan Mohamad Haiman Fitri. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading