TINGGALKAN KERJAYA SELESA DEMI DAKWAH ISLAM DI BUMI JEPUN
Biarpun kemahiran Zulkarnain Hasan Basri, 50, dalam dunia kejuruteraan dan bukannya lulusan agama, jurutera kanan di sebuah syarikat di negara Matahari Terbit itu sanggup meninggalkan kerjayanya yang mencecah gaji lima angka, demi menyahut seruan menyebarkan agama Islam di sana.
Biarpun kemahiran Zulkarnain Hasan Basri, 50, (berdiri) dalam dunia kejuruteraan dan bukannya graduan agama, namun jurutera kanan di sebuah syarikat di negara Matahari Terbit itu sanggup meninggalkan kerjayanya yang mencecah gaji lima angka, demi menyahut seruan menyebarkan agama Islam di sana. –fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Kesukaran membesarkan tiga anaknya di negara minoriti umat Islam dengan persekitaran dan budaya yang jauh berbeza dari Malaysia, menjadi detik penghijrahan kepada lelaki ini untuk mengambil keputusan nekad menjadi pendakwah sepenuh masa di Jepun.
Biarpun kemahiran Zulkarnain Hasan Basri, 50, dalam dunia kejuruteraan dan bukannya lulusan agama, jurutera kanan di sebuah syarikat di negara Matahari Terbit itu sanggup meninggalkan kerjayanya yang mencecah gaji lima angka, demi menyahut seruan menyebarkan agama Islam di sana.
Memanfaatkan sepenuhnya kemahiran penguasan bahasa Jepun yang dimilikinya bagi tujuan itu, anak kelahiran Tapah, Perak yang kini menetap di Osaka telah mengabdikan hidupnya lebih sedekad sebagai pendakwah sepenuh masa selain turut mengasaskan Japan Dakwah Centre sebagai pusat dakwah.
“Selepas 12 tahun bekerja di sebuah syarikat Jepun di Malaysia, majikan tawarkan saya bekerja di ibu pejabat di Osaka pada November 2008 di jabatan baharu untuk melatih pekerja. Jadi, saya turut bawa isteri warga Jepun bersama tiga anak termasuk pasangan kembar, ketika itu berusia sembilan dan enam tahun.
“Di Malaysia, pendidikan agama saya tak risau kerana yakin anak-anak dapat secukupnya tetapi berbeza di Jepun, saya sendiri beli buku agama dan ajar mereka. Ilmu agama dipelajari daripada ibu bapa, sekolah selain saya memang ‘kaki masjid’ di Malaysia, digunakan untuk mengajar mereka,” katanya.
Bagaimanapun, lulusan Diploma Lanjutan Kejuruteraan Elektrik daripada Niihama National College of Technology, Ehime, Jepun yang dihubungi Bernama baru-baru ini, berkata cabaran membesarkan ketiga-tiga anaknya dengan pendidikan agama Islam semakin sukar apabila mereka meningkat dewasa.
“Semasa kecil, mereka boleh faham apa yang diajarkan tetapi lama selepas itu, semakin sukar. Saya dapati pengaruh persekitaran, kawan amat kuat dan mereka tiada ‘sample’ seperti kawan seagama yang boleh dijadikan contoh, inilah ‘turning point’ untuk saya menjadi pendakwah di Jepun,” katanya.
Nekad berhenti kerja pada 2009, ternyata pengorbanan lelaki ini tidak sia-sia biarpun berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam usaha menyebarkan syiar Islam di bumi bunga sakura apabila diberikan nikmat untuk menyaksikan pengislaman lebih 300 warga Jepun.
Bahkan usaha murninya itu lebih tersusun dan berkesan dengan penubuhan Japan Dakwah Centre pada 2019, sebagai medan bimbingan kepada warga mualaf Jepun selain pada masa sama, turut menjalankan pelbagai aktiviti seminar berkaitan Islam dan mengusahakan perniagaan restoran halal.
Dengan menggunakan pelbagai pendekatan, Zulkarnain tidak menafikan kaedah penghujahan logik akal yang dilakukannya pada peringkat awal untuk menyampaikan mesej Islam seperti kebaikan berpuasa dan solat, kurang berkesan sehinggalah dipertemukan dengan dua rakyat Malaysia yang kepakarannya dalam agama.
Pengenalannya dengan pensyarah tilawah al-Quran, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Ustaz Abdullah Bukhari Abdul Rahim dan penyelia Pondok Sungai Durian, Kuala Krai Kelantan Datuk Dr Abdul Basit Abdul Rahman, membuka matanya kepada kaedah taddabur al-Quran.
“Dua individu ini, saya banyak belajar cara taddabur al-Quran iaitu menghayati dan memahami isi kandungan ayat suci tersebut. Apabila saya sudah faham dan mahir, saya praktis perkara sama kepada masyarakat Jepun.
“Alhamdulillah, penerangan yang disampaikan berkenaan ayat suci al-Quran yang merupakan mukjizat terbesar dikurniakan Allah, membuatkan mereka lebih seronok dan tertarik untuk tahu lebih lanjut mengenai Islam,” katanya sambil menambah majoriti memeluk Islam adalah bawah umur 40 tahun.
Menyentuh perkembangan Islam di negara itu, Zulkarnain menyifatkannya semakin berkembang pesat dengan komuniti Islam yang kini dianggarkan berjumlah lebih 350,000 orang daripada kira-kira 123 juta penduduk selain kesedaran, permintaan kepada perkhidmatan halal semakin meningkat, khususnya produk makanan. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests