KUALA LUMPUR: Pusat Pengurusan Krisis (CMC) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan berbincang dengan Suruhanjaya Tinggi India, Pakistan dan Bangladesh di sini dalam memberi kefahaman mengenai wabak COVID-19 kepada rakyat mereka yang tinggal di kawasan Masjid India, Kuala Lumpur.
Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata ia susulan keputusan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di dua lagi bangunan, di kawasan Jalan Masjid India di sini berkuat kuasa hari ini.
“Ada tiga komuniti warga asing di situ iaitu dari India, Bangladesh dan Pakistan… kami akan berhubung dengan ketiga-tiga suruhanjaya itu dalam waktu terdekat dan memberi taklimat memandangkan ia melibatkan rakyat daripada negara berkenaan.
“Insya-Allah, petang ini kami akan bagi penerangan kepada penduduk di situ, kami minta mereka bawa orang yang boleh bercakap dalam bahasa Urdu, Tamil dan Bengali supaya mesej itu sampai kepada penduduk. Mereka perlu memberikan kerjasama, ini bukan bentuk hukuman tetapi kaedah untuk membantu mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima sumbangan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri untuk diagihkan kepada penghuni Plaza City One yang terjejas akibat wabak COVID-19.
Annuar berkata penduduk di kawasan itu tidak perlu takut atau bimbang dengan sebarang tindakan kerana pihak berkuasa hanya mahu memastikan individu dijangkiti COVID-19 di situ tidak melarikan diri dan menyebabkan penularan di kawasan lain.
Beliau berkata setakat ini, tiada kawasan baharu di Wilayah Persekutuan dikesan mempunyai tanda-tanda penularan COVID-19 kecuali di Sri Petaling, Masjid India dan Pasar Borong Selayang.
Selepas Plaza City One di Jalan Munshi Abdullah, hari ini Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata arahan PKPD dikuatkuasakan di bangunan Selangor Mansion dan Malayan Mansion di Jalan Masjid India, berikutan terdapat 15 kes positif COVID-19 di dua bangunan itu.
Terdahulu, lebih 400 pek bantuan keperluan asas melibatkan nilai keseluruhan RM42,500 diserahkan kepada Annuar untuk diagihkan kepada penghuni menara Plaza City One yang dikenakan arahan PKPD sejak 31 Mac hingga 13 April ini.
Sumbangan itu inisitif bersama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Lembaga Tabung Haji dengan kerjasama logistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). — BERNAMA
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager