Connect with us

ALHIJRAH NEWS

PKPD DIKUATKUASA DI SELANGOR MANSION & MALAYAN MANSION

DALAM NEGARA

PKPD DIKUATKUASA DI SELANGOR MANSION & MALAYAN MANSION

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) keempat dikuatkuasakan di bangunan Selangor Mansion dan Malayan Mansion, Jalan Masjid India di ibu negara susulan 15 kes COVID-19 direkodkan di kawasan itu.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata susulan kes jangkitan itu dan atas nasihat Menteri Kesihatan, kerajaan memutuskan melaksanakan arahan PKPD di dua bangunan terbabit.

Katanya, PKPD itu melibatkan 5,000 hingga 6,000 penghuni di 365 unit kediaman dan perniagaan di bangunan itu.

“Perintah ini akan berkuatkuasa mulai 7 April 2020 sehingga pengesanan ini tamat. Tujuan PKPD dilaksanakan adalah untuk membendung jangkitan COVID-19 daripada menular keluar.

“Langkah ini membolehkan aktiviti pengesanan
kes dari unit ke unit dilaksanakan sepanjang tempoh ini berkuatkuasa,” kata Ismail Sabri dalam kenyataan di sini hari ini.

Pelaksanaan PKPD itu menyaksikan antara lain, semua penghuni atau pelawat tidak boleh keluar atau masuk dari kawasan itu, semua aktiviti perniagaan dihentikan kecuali premis barangan keperluan, penghuni boleh membuat pesanan makanan yang dihantar dan diambil di tempat ditetapkan, Pangkalan Perubatan (Medical Base) dibuka di kawasan PKPD dan semua laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup.

“Bagi pelaksanaan perintah ini, semua penghuni diminta untuk bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas-petugas dari KKM serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa.

“Penghuni yang memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi Bilik Gerakan PKP DBKL 03-4026 7222 atau 016-2962982,” katanya. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading