Connect with us

ALHIJRAH NEWS

JEREBU: 39 KAWASAN REKOD BACAAN IPU TIDAK SIHAT

DALAM NEGARA

JEREBU: 39 KAWASAN REKOD BACAAN IPU TIDAK SIHAT

Sarawak kekal menjadi negeri yang mengalami impak jerebu paling teruk, didorong oleh kebakaran hutan di wilayah jiran dengan Serian merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) setinggi 171 setakat empat petang tadi, manakala Samarahan pula 153.

KUALA LUMPUR — Situasi jerebu  semakin membimbangkan apabila Malaysia merekodkan kualiti udara pada paras tidak sihat di 39 kawasan di seluruh negara.

Sarawak kekal menjadi negeri yang mengalami impak jerebu paling teruk, didorong oleh kebakaran hutan di wilayah jiran dengan Serian merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) setinggi 171 setakat empat petang tadi, manakala Samarahan pula 153.

Di Semenanjung Malaysia, 37 stesen merekodkan bacaan tidak sihat melibatkan Selangor, Johor, Pulau Pinang, Kedah, Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Perak, Negeri Sembilan, dan Terengganu.

Berdasarkan bacaan di portal APIMS, IPU di Putrajaya menunjukkan trend meningkat dari jam ke jam sejak pagi tadi.

Sementara itu, kualiti udara di negara jiran, Singapura, turut merosot apabila kesemua lima wilayah di republik berkenaan mencatatkan kualiti udara pada paras tidak sihat secara serentak.

Ini merupakan kali pertama kesemua wilayah di Singapura memasuki julat tidak sihat secara serentak dalam tempoh lima tahun sejak September 2019.–AlhijrahOnline


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading