KUALA LUMPUR: Jerebu seperti mana yang kita
tahu adalah fenomena bermusim yang menguji kita saban tahun. Ia seperti air
laut yang bergilir pasang surut mengikut waktu dan turun naik bulan di langit.
Kita semua tahu puncanya adalah pembakaran besar-besaran hutan dan ladang di negara seberang. Ia rahsia terbuka yang dilaporkan media setiap tahun dan tidak seharusnya menjadi polemik bagi mana-mana politikus di dalam atau luar negara.
Jerebu rentas sempadan juga tidaklah keterlaluan jika kita samakan dengan hubungan dua negara serumpun, Malaysia dan Indonesia yang sentiasa diuji dari semasa ke semasa sejak konfrontasi 54 tahun lalu.
Hakikatnya, yang menerima akibat kesan jerebu
adalah Malaysia dan kita tidak sekali-kali melatah, marah atau menyalahkan negara
jiran, sebaliknya cuba menghulurkan bantuan atas dasar persahabatan serumpun
yang amat kita hargai.
“Tidak ada surat protes, tapi (surat) keinginan
Malaysia untuk menangani jerebu,” demikian kata Duta Malaysia di Indonesia,
Zainal Abidin Bakar dipetik agensi berita BERNAMA semalam.
Itu adalah reaksi diplomat kita saat beliau diminta memberikan penjelasan oleh Menteri Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia, Dr Siti Nurbaya Bakar kononnya Malaysia menghantar nota bantahan melalui Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin yang menuduh Indonesia punca kepada fenomena jerebu yang kian meruncing di Malaysia.
Hari ini Yeo Bee Yin pula dilaporkan memberikan
reaksi balas yang Siti Nurbaya tidak harus berada dalam penafian kerana data
dari Pusat Meteorologi Khusus ASEAN (ASMC) jelas menunjukkan Indonesia punca
kepada fenomena jerebu yang melanda wilayah ini.
Data terkini ASMC menunjukkan terdapat 474 titik panas di Kalimantan dan 387 titik panas direkodkan di Sumatera, berbanding hanya tujuh titik panas dikesan Malaysia.
Kelmarin, Siti Nurbaya yang barangkali diasak
jurnalis tempatan, menyatakan laporan Badan Meteorologi, Klimatologi dan
Geofisika (BMKG) Indonesia menunjukkan asap atau jerebu akibat kebakaran di
Kalimantan dikesan bergerak ke Malaysia (Sarawak) hanya dalam tempoh sejam.
Mana mungkin jerebu yang menyebabkan lebih 400
sekolah ditutup di Sarawak dan merebak ke semenanjung sehingga menyebabkan
beberapa negeri terkesan, hanya disebabkan asap atau jerebu selama sejam pada
Ahad lepas itu.
Jerebu ini sebenarnya bukan hanya menguji
rakyat kedua-dua negara, tetapi ia sebenarnya menguji kematangan hubungan pahit
manis antara Malaysia dan Indonesia sejak sekian lama.
Hubungan pasang surut ini jelas tergambar
dengan insiden membabitkan rakyat di kedua-dua negara dan paling terbaru
tentunya aksi penyokong bolasepak Indonesia yang membaling suar dan botol
kepada penyokong Harimau Malaya di Stadium Utama Gelora Bung Karno di Jakarta
minggu lalu.
Pada aksi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia
2022/Piala Asia 2023 di Jakarta itu, skuad Harimau Malaya telah mengalahkan
pasukan Indonesia 3-2 sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati penyokong Sang Merah
Putih.
Masihkah kita ingat bagaimana skuad Harimau
Malaysia yang terpaksa menaiki kereta perisai Barracuda untuk ke stadium semasa
Aksi Final Piala AFF 2010, betapa gentingnya keadaan di ketika itu.
Malaysia dan Indonesia sebenarnya mempunyai
hubungan yang unik dan penuh warna di atas kertas sehinggalah ke sempadan darat
dan maritim.
Nelayan-nelayan kita di laut, misalnya berkongsi empat wilayah maritim yang meliputi Laut China Selatan, Selat Melaka, Laut Sulawesi dan Laut Sulu. Di laut itulah, mereka berkongsi mencari rezeki untuk keluarga.
Seringkali saja nelayan-nelayan terbabit tersasar
hala kerana masalah kompas, dipukul ribut, tersalah masuk sempadan negara
sehingga mereka ditahan pihak berkuasa tempatan yang kemudiannya membawa kepada
bantahan dan polemik hubungan dua hala.
Itu belum lagi dikira sejarah dingin tuntutan Malaysia dan Indonesia ke atas Pulau Ligitan dan Sipadan di perairan Sabah yang akhirnya diputuskan menjadi milik Malaysia oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
Perebutan Blok Ambalat di Laut Sulawesi juga
masih menjadi ujian kepada hubungan dua hala negara berjiran dalam ASEAN selain
isu berbangkit lain seperti isu layanan kepada pembantu rumah, Tenaga Kerja
Indonesia (TKI) dan isu warisan seni dan budaya serumpun.
Namun sehingga hari ini kesemua ujian terbabit ditangani dengan matang oleh pemimpin kedua-dua negara walaupun seringkali saja bendera “Jalur Gemilang” dihina jika timbul bantahan di pihak saudara kita.
Penulis masih ingat bagaimana suatu ketika dulu
Kedutaan Malaysia di Jakarta pernah dibaling dengan najis ekoran isu penahanan
anggota penguatkuasa Indonesia berdekatan Pulau Batam. Saat itu amat melukakan walaupun
hakikatnya penunjuk perasaan adalah mereka yang dibayar untuk memprotes.
Apa yang pasti sekalipun hubungan kita sentiasa diuji, rakyat kedua-dua negara seharusnya melihat ujian itu sebagai resam biasa dalam hubungan adik beradik. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula dua negara.
Bak kata Saidina Ali, angin bertiup bukan untuk melihat pokok itu menari-nari, sebaliknya menguji kekuatan akarnya. Barangkali akar itu adalah hubungan dua negara bersaudara ini. Dirgahayu Malaysia dan Indonesia. – AlHijrah Online
Penulis adalah Editor Berita dan Penerbit TV AlHijrah (Portal AlHijrah Online)
PENAFIAN: Hijrah Online tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui rencana ini. Ia adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab penulis.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager