Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JKR, BOMBA DIMINTA JALANKAN SIASATAN TERPERINCI KEBAKARAN PEJABAT SMAP KAJANG – FADHLINA

DALAM NEGARA

JKR, BOMBA DIMINTA JALANKAN SIASATAN TERPERINCI KEBAKARAN PEJABAT SMAP KAJANG – FADHLINA

Jabatan Kerja Raya serta Jabatan Bomba dan Penyelamat telah diminta untuk menjalankan siasatan terperinci kes kebakaran yang berlaku di unit pejabat Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Kajang, Selangor.

Gambar FAIL (BERNAMA)

PUTRAJAYA: Jabatan Kerja Raya serta Jabatan Bomba dan Penyelamat telah diminta untuk menjalankan siasatan terperinci kes kebakaran yang berlaku di unit pejabat Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Kajang, Selangor, awal pagi tadi.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata ini kerana isu yang membabitkan keselamatan sekolah adalah suatu perkara yang tidak boleh dipandang ringan.

“Kita sangat prihatin soal keselamatan. Kebakaran ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia bukan sahaja melibatkan keselamatan, tetapi juga suasana kondusif yang diperlukan untuk anak-anak meneruskan pengajian,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2021/2022, yang turut dihadiri Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh, Sasterawan Negara Datuk Dr Anwar Ridhwan yang juga Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka serta Ketua Pengarah Pendidikan Dr Mohd Azam Ahmad.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata kementerian telah menyalurkan peruntukan awal bagi kerja pembersihan dan pemulihan kawasan terjejas demi memastikan proses pembelajaran pelajar tidak terganggu.

“Kita bersyukur tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Semua pentadbir sekolah diingatkan untuk memastikan persekitaran sekolah mereka sentiasa berada dalam keadaan selamat,” katanya.

Media hari ini melaporkan Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata kebakaran di unit pejabat SMAP Kajang itu berlaku pada 1.18 pagi membabitkan kemusnahan hampir 95 peratus. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading