Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JOHOR BENAR SOLAT BERJEMAAH RAPAT SAF

DALAM NEGARA

JOHOR BENAR SOLAT BERJEMAAH RAPAT SAF

JOHOR BAHRU: Solat berjemaah di masjid dan surau di Johor dibenarkan dengan cara merapatkan saf dan bukan lagi mengikut saiz sejadah.

Gambar Hiasan – Bernama

JOHOR BAHRU: Solat berjemaah di masjid dan surau di Johor dibenarkan dengan cara merapatkan saf dan bukan lagi mengikut saiz sejadah.

Berdasarkan kenyataan bersama dikeluarkan Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Mohd Fared Mohd Khalid dan Pengarah Jabatan Agama Islam Johor, Datuk Md Rofiki Samsudin, arahan itu berkuatkuasa hari ini.

Kenyataan itu turut memaklumkan, pemakaian pelitup muka masih dikekalkan dan bersalaman antara jemaah adalah tidak dibenarkan.

“Aktiviti pengimarahan masjid dan surau seperti Kelas Pengajian Takmir, Kuliah Subuh, Kuliah Dhuha, majlis zikir dan seumpamanya adalah dibenarkan.

“Segala aktiviti memasak dan jamuan adalah dibenarkan dalam kawasan masjid dan surau, juga dibenarkan aktiviti yang melibatkan bermalam,” kata kenyataan itu.

Selain itu tiada pemeriksaan suhu badan dan tiada had umur hadir ke masjid dan surau, namun sekiranya jemaah mempunyai gejala adalah tidak digalakkan.

Majlis perkahwinan dibenar diadakan bagi masjid dan surau yang mempunyai dewan serbaguna.

Kesemua ketetapan baharu itu mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar sebagaimana peruntukan Fasal 57 (A) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895 dan Seksyen 6 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003.– AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading