Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JPN PERAK SIASAT DAKWAAN GURU BELUM DIVAKSIN DIASINGKAN DALAM STOR

DALAM NEGARA

JPN PERAK SIASAT DAKWAAN GURU BELUM DIVAKSIN DIASINGKAN DALAM STOR

IPOH: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan seorang guru diasingkan di dalam stor oleh pihak pengurusan sekolah kerana belum menerima vaksin COVID-19.

Exco Pendidikan Negeri, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia Ahmad Saidi Mohamad Daud berkata, laporan penuh berhubung siasatan tersebut akan dimaklumkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam masa terdekat.

“Kerajaan negeri memandang serius dakwaan tersebut kerana ia melibatkan pelbagai aspek terutama kesihatan dan kebajikan para guru serta pelajar.

“Saya yakin sebarang tindakan yang dibuat pihak sekolah terbabit adalah bagi memastikan semua pihak sama ada guru, pelajar dan ibu bapa berada dalam keadaan sihat serta bebas daripada wabak,” katanya.

Semalam, tular sebuah video memaparkan seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai guru telah diasingkan oleh pihak sekolah dalam sebuah bilik stor kerana tidak menerima suntikan vaksin COVID-19.

Dalam video tersebut, individu tersebut telah diasingkan pihak sekolah dan ditempatkan di stor Pendidikan Jasmani, namun ditukarkan ke stor tukang cuci atas alasan ia merupakan kawasan laluan dan mempunyai banyak peralatan sukan.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading